Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Azmin gesa PM terima cabaran debat Anwar

Azmin Ali

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengulangi cabaran Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat dengan beliau berhubung dasar dan program kerajaan dan Pakatan Rakyat (PR)
Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak, membangkitkan perkara itu ketika mengambil bahagian dalam perbahasan ke atas usul titah diraja, di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar telah mengemukakan cabaran berdebat kepada Najib tahun lalu. Syor itu muncul kembali susulan debat antara pemimpin kanan MCA dan DAP bulan lalu.
Baru-baru ini, Najib berkata, beliau sanggup berdebat tetapi hanya dengan pihak yang mempunyai fikiran munasabah.
Dalam ucapan perbahasan, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, sungguhpun murni hasrat PR adalah untuk memperkukuh Sistem Dwiparti, ternyata ia masih berhadapan dengan mehnah pemerintah yang sememangnya sudah biasa membolot kuasa.
"Budaya samseng dalam politik Umno kerana kegagalan mereka untuk mendepani isu-isu rakyat seperti kenaikan harga barang, kos kehidupan yang tinggi, gaji minimum serta amalan boros dan rasuah.
"Atas sebab itu, PKR dan Pakatan Rakyat ingin mengulangi gesaan kami supaya Umno menghentikan budaya fitnah, 'gutter politics' dan budaya samseng," katanya.
Sehubungan itu, Azmin berkata, beliau mengajak Umno bersama-sama memberikan tumpuan kepada persoalan dasar dan program-program untuk kepentingan rakyat.
"Untuk maksud ini juga, saya mengulangi cabaran (Ahli Parlimen) Permatang Pauh (Anwar) kepada Perdana Menteri untuk menerima pelawaan debat supaya dapat membuka ruang kepada rakyat membuat penilaian yang rasional dan sihat," katanya lagi.
Azmin seterusnya berkata, lihat sahaja isu Palestin, pimpinan Umno menyerlahkan sikap munafik politik dengan memadamkan fakta dan mengetengahkan kepalsuan sedangkan rakyat sedar hubungan Umno dengan Zionis Israel melalui kontrak dengan APCO, Dagangan ke-15 terbesar, surat-surat (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) kepada Perdana Menteri Israel dan keengganan Umno untuk mengiktiraf Hamas sekali gus menafikan suara dan aspirasi rakyat Palestin," katanya lagi dengan merujuk kepada wawancara kontroversi dengan akhbar Wall Street Journal Januari lalu.

0 Komen pengunjong :