Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Polis ada niat cederakan peserta Bersih 2.0


KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis berhubung kecederaannya akibat terkena kanister gas pemedih mata semasa perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) 9 Julai lalu.
Fayyadh Afiq Albakqry, 25, yang pecah tulang pipi kirinya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada pukul
2.30 petang tadi, ditemani peguam yang juga Naib Presiden PKR N Surendran, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Pengarah Biro Guaman PKR Latheefa Koya, dan peguam ‘Lawyers for Liberty’ (L4L) Fadiah Nadwa Fikri.
Fayyadh dalam laporannya berkata, semasa bertugas melindungi Anwar yang bersama kumpulan Bersih 2.0 bergerak ke arah terowong KL Sentral daripada Hotel KL Hilton, kumpulan ‘Light Strike Force’ (LSF) dilihat sudah bersedia dihujung terowong mengacukan senapang gas pemedih mata ke arah Anwar.
“Untuk melindungi beliau saya memegang tangan kirinya dan saya bergerak ke hadapan beliau untuk menghalang sebarang ancaman terhadapnya.
“Pada saat itu saya merasakan kesakitan yang teramat sangat pada pipi kiri namun terus berlari membawa Anwar ke hujung terowong yang penuh dengan asap gas pemedih mata.
“Saya juga mendapati gas pemedih mata ditembak dari arah belakang terowong,” katanya dalam laporan polis.
Beliau juga mendakwa semasa keadaan kelam kabut itu Anwar dilihatnya turut terjatuh dan tercedera di kaki dan kepala, serta melihat satu lagi gas pemedih mata melintasi berdekatan Anwar.
Berikutan kecederaan itu, beliau terpaksa menjalani pembedahan memasukkan lima plat titanium ke dalam tulang pipi dan terlantar di Hospital Pantai selama 10 hari.
“Saya meminta tindakan pendakwaan dilakukan ke atas semua anggota polis yang didapati bertanggungjawab.
“Setelah insiden ini berlaku saya mendapat tahu bahawa pegawai yang memberi arahan menembak adalah Wan Bari dan saya telah melihat video di mana saya melihat hampir 12 das tembakan gas pemedih mata dilepaskan ke dalam terowong,” katanya.

Polis langgar prosedur SOP
Sementara itu, Surendran berkata tindakan polis itu adalah salah dan melanggar standard peraturan yang ditetapkan (SOP) dan mempunyai niat untuk mencederakan peserta Bersih 2.0.
“Di permukaan luar kanister itu sudah tertulis tidak boleh tembak dengan jarak yang dekat kerana ia boleh mendatangkan kecederaan malah boleh membahayakan nyawa,” katanya.
Beliau berkata ini adalah percubaan terbaru untuk mencederakan Anwar setelah insiden ‘mata lebam’, selain insiden kereta Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang disabotaj, serta ugutan culik terhadap anak Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan mengemukakan saman terhadap kerajaan kerana mencederakan orang awam dengan sengaja.
“Tapi sebelum itu saya mahu perkara ini disiasat dalam kes cubaan membunuh kerana mendatang kecederaan serius kepada Fayyadh serta orang awam yang lain,” katanya.

0 Komen pengunjong :