KUALA
LUMPUR, 23 FEB: Datuk Seri Najib Razak bakal mencipta rekodnya bagi
mengelak menjadi Perdana Menteri UMNO/Barisan Nasional (BN) terakhir
yang memenuhi ramalan “Rahman”.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, rekod yang dicapai Najib
ialah menjadi Perdana Menteri paling lama tanpa mendapat mandat rakyat,
penggal Parlimen paling lama dan dalam dua minggu ini ulang tahun
“tsunami politik” 8 Mac 2008 serta Parlimen berkhidmat dalam tempoh
penuh lima tahun yang tidak pernah terjadi sebelum ini dalam sejarah
Parlimen Malaysia.
Katanya, Najib sudah mencapai tiga rekod dan mengelak daripada
mencipta rekod keempat memenuhi ramalan RAHMAN sebagai Perdana Menteri
UMNO terakhir di Malaysia.
“Kemungkinan beliau memenuhi ramalan RAHMAN yang menghantui Najib dan
menyebabkan PRU-13 ditangguh sepanjang dua tahun lalu, termasuk yang
terbaru untuk membubarkan Parlimen pada 22 Februari.
“Watak Hamlet Najib “To Be Or Not To Be” amat luar biasa
mengambilkira gambaran hebat yang dipaparkan propagandis UMNO/BN bukan
sahaja mengenai kesediaan tetapi keyakinan UMNO/BN akan cemerlang pada
PRU-13,” katanya dalam kenyataan media Pengiraan Detik 48 Hari ke
PRU-13, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Parlimen
sepatutnya dibubarkan semalam bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13) diadakan dengan pencalonan pada 16 Mac dan pengundian pada 30
Mac.
Bagaimanapun, katanya, disebabkan kesilapan demi kesilapan yang
terjadi, Najib kurang yakin dengan persediaan PRU-13 dan kemampuan untuk
melepasi cabaran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada
31 Januari lalu.
“22 Februari sudah berlalu tanpa pembubaran Parlimen, dengan
spekulasi tarikh pembubaran dianjak antara 15 dan 21 Mac dengan tarikh
pembuangan undi pada minggu pertama atau kedua April (dijangkakan pada
minggu kedua supaya ramai pengundi Cina di negeri lain tidak dapat
membuang undi kerana mereka dijangka tidak pulang ke kampung sekali lagi
selepas pulang minggu sebelumnya bagi menyambut perayaan Qing Ming yang
akan diadakan pada 5 April).
“Saya dimaklumkan pertama kali mengenai pembubaran Parlimen pada 22
Februari selepas mesyuarat peringkat tertinggi strategis politik Perdana
Menteri di Putrajaya pada hari yang sama, dan lima minggu selepas itu,
ia menjadi tarikh yang terus dispekulasikan sebagai tarikh paling
“hangat” untuk pembubaran Parlimen PRU-13,” katanya.
Menurut Kit Siang, pada Malaysia Strategic Outlook Conference ke-15
mantan Perdana Menteri paling lama serta menjadi kuasa sebenar di
belakang takhta UMNO secara terbuka merumuskan “ujian Mahathir” untuk
Najib pada PRU-13 iaitu tidak cukup bagus untuk Najib sekadar menang dan
sepatutnya melepaskan jawatan dan memberi laluan kepada Timbalan
Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika UMNO/BN tidak memperoleh
majoriti dua pertiga di Parlimen.
“Bintang Korea K-Pop yang diharap menjadi “senjata rahsia” untuk
PRU-13, sekarang “membunuh” niat Najib membubarkan Parlimen pada 22
Februari kerana pelbagai bencana politik dan perhubungan awam daripada
jemputan bernilai RM3.5 juta untuk persembahan Psy dan Gangnam Style di
Pulau Pinang pada 11 Februari lalu.
“Banyak bencana, termasuk “3 Ya untuk Psy, 3 Tidak untuk BN”, kemelut
lima minit “gaul yee sang”, Psy menolak untuk menari Gangnam 1Malaysia
Style dengan Najib, Rosmah dan Ng Yen Yen serta dakwaan terdapat ancaman
bunuh untuk Psy dan Najib yang tidak masuk akal,” katanya.
Beliau berkata, sebenarnya, daripada semua negeri di Semenanjung,
Najib paling risau mengenai Johor yang memenangkan hanya 24 Ahli
Parlimen atau 30% daripada semua 85 Ahli Parlimen BN pada PRU 2008.
“Ini sebabnya Johor, bersama Sabah dan Sarawak, dianggap negeri
“deposit tetap” UMNO/BN dan siapa yang akan menjadi “dalang” negeri yang
akan dapat menentukan siapa berjaya menawan Putrajaya.
“Pada pilihan raya umum 2008, Johor kekal menjadi kubu kuat UMNO/BN
walaupun calon UMNO/BN kalah teruk di Sepenanjung, hampir kalah semua di
Kelantan kecuali Gua Musang dan Jeli, MCA dan Gerakan kalah sepenuhnya
di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan MCA kalah
sepenuhnya di Selangor kecuali Pandan (Ong Tee Keat)
“Pada Pilihan Raya Umum 2008, pemimpin UMNO/BN sangat angkuh dan
bongkak mengisytiharkan Johor, Selangor dan Melaka akan menjadi negeri
“pembangkang sifar”.
.
Pada PRU-12, BN terlepas di Selangor kepada Pakatan Rakyat dengan
memenangi hanya 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri; tewas lima
daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri di Melaka sementara Pakatan
Rakyat memenangi enam daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor.
“Pemimpin UMNO/BN sekali lagi bercakap mengenai “pembangkang sifar”
di Johor pada PRU-13, sepertimana pada PRU 1995 dan 1999, dan
“pembangkang sifar” menjadi kenyataan pada PRU 2004.
“Sama ada Johor akan kembali menjadi negeri “sifar pembangkang” akan
ditentukan oleh pengundi Johor, bukannya pemimpin UMNO/BN, negeri atau
negara,bukan juga oleh Najib atau Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani
Othman. – Roketkini.com
0 Komen pengunjong :