KUALA LUMPUR 23 FEB: Flora Ong, seorang individu wanita yang
dinamakan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan semalam kerana didakwa
memiliki hubungan rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, dipercayai hampir
mengalami nasib sama dengan warga Monggolia, Altantuya Shaariibu.
Bercakap kepada
Keadilan Daily, Deepak mengaku menerima
arahan daripada Datin Seri Rosmah Mansor untuk mencari Flora di rumahnya
di Ampang bersama beberapa orang lain untuk dibawa menemui isteri
Perdana Menteri itu.
“Rosmah marah apabila dapat tahu Flora dianugerah projek dari
suaminya. Bagaimanapun, Flora enggan ikut untuk bertemu Rosmah kerana
bimbang mengalami nasib sama seperti Altantuya,” dakwa beliau.
Deepak
mendakwa, Rosmah mengarahkannya untuk mencari dan membawa Flora
bertemu dengannya selepas mengetahui wanita berkenaan dianugerah dua
kontrak secara runding terus oleh Najib Razak berdasarkan hubungan
‘rapat’ mereka.
Katanya, Flora dianugerah projek bernilai RM2 bilion di Sabah dan
Sarawak yang dibayar pendahuluan melalui sebuah bank utama Amerika
berpangkalan di Singapura manakala satu lagi projek ialah rawatan air di
Lembah Pantai.
“Bagaimanapun, hal ini ‘reda’ beberapa hari kemudian selepas
Setiausaha Kanan Politik dari Kementerian Kewangan, Datuk Zakiah Ibrahim
yang bertanggungjawab memperkenal Flora kepada Najib, dipecat.
“Saya juga diarah menyampaikan amaran kepada Flora supaya tidak
berhubung dengan Najib,” dakwa Deepak yang enggan memberi butiran
peribadi wanita berkenaan termasuk usia dan latar belakang, sebaliknya
hanya mendedahkannya secara berperingkat-peringkat kepada media
alternatif.
Deepak baru-baru ini memohon imuniti dari kerajan Malaysia bagi
membolehkannya membuat pelbagai pendedahan berkaitan salah laku Najib
dan Rosmah tetapi beliau tidak yakin memperolehinya.
Mengikut
semakan, Najib sebelum menyandang jawatan Perdana Menteri, kerap
dikaitkan dengan skandal beberapa personaliti wanita terkenal termasuk
penyanyi tempatan.
Beliau digembar-gemburkan dalam media ditangkap khalwat dengan
seorang penyanyi di sebuah hotel di Port Dickson pada 1995 tetapi
‘terlepas’ dari sebarang pendakwaan.
Najib juga dikaitkan memiliki hubungan dengan Altantuya Shariibuu
ketika menjalankan urus niaga pembelian kapal selam Scorpene dan
diuar-uar pernah makan malam bersama di Paris.
Bagaimanapun, rekod kedatangan Altantuya ke negara ini dipadam
Jabatan Imigresen sebelum warga Monggolia itu kemudian diletup
menggunakan bahan peledak C4 di Jalan Puncak Alam.
0 Komen pengunjong :