Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SPR Malaysia ‘curi’ kemenangan Pakatan Rakyat – CNN

CNN

KUALA LUMPUR 13 MEI: Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13  (#Black505) 8 Mei lalu mendapat liputan luas media antarabangsa termasuk Cable News Network (CNN) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
CNN dalam laporannya menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat telah ‘dicuri’ berikutan banyak penyelewengan dan salah laku oleh pengendali pilihan raya Malaysia, iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Pembangkang Malaysia menolak keputusan pilihan raya. Pembangkang Malaysia menyatakan SPR dicemari campur tangan kerajaan.
“Bukan sahaja Anwar Ibrahim menyatakan ada berlaku penyelewengan pilihan raya, malah NGO Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menjangkakan penipuan beberapa hari sebelum pilihan raya berlangsung.
“Ia (pilihan raya) takkan dijalankan secara adil,” lapor koresponden CNN yang berpangkalan di Singapura, Liz Neisloss.
Liz Neisloss yang mengikuti perjalanan PRU 13 menyatakan, himpunan di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei lalu mencecah kehadiran 120,000 orang.
Dalam pada itu lapornya, sebuah tribunal rakyat dituntut supaya ditubuhkan di Malaysia bagi menyiasat setiap bukti penyelewengan PRU 13 yang dikemukakan.
CNN turut melaporkan kenyataan SPR bahawa sebarang petisyen bantahan pilihan raya boleh dibuat melalui mahkamah.
“Namun ada maklumat mengatakan pengendali pilihan raya (SPR) di Malaysia tidak akan melakukan apa-apa, meskipun (penipuan) dibuktikan di mahkamah.
“Ini kerana ia (SPR) adalah institusi di bawah kawalan kerajaan,” laporan CNN dipetik.

0 Komen pengunjong :