KUALA TERENGGANU : Datuk Seri Ahmad Said lebih layak digelar
‘Menteri Besar separuh Terengganu’ berikutan kenyataan ‘rumah mampu
milik tidak akan dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)
Terengganu yang gagal dimenangi BN’, kata Azan Ismail.
“Kita patut panggil dia ‘Menteri Besar separuh’. Sebab dia cuma nak
bangunkan separuh negeri sahaja,” kata Pengerusi KEADILAN Terengganu itu
kepada
Keadilan Daily mengulas kenyataan emosional Ahmad Said tersebut.
“Ahmad Said telah buktikan dia langsung tiada kelayakan jadi Menteri
Besar. Kenyataan macam itu tak layak keluar dari seorang ketua kampung
pun.
“Macam mana Perdana Menteri dan BN Terengganu boleh pilih pemimpin macam dia,” tempelaknya.
Tegas Azan, kenyataan berbaur dendam dinyatakan Ahmad Said sejurus
selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar adalah kenyataan yang tidak
layak keluar dari mulut seorang Menteri Besar.
“Kalau dia nak balas dendam pada rakyat sebab tolak Barisan Nasional
dalam PRU 13, dia patut ingat rakyat tidak pengecut. Rakyat akan balas
semula,” katanya.
Tambah Adun Bandar itu, kenyataan Ahmad Said menunjukkan tindakan
boikot terhadap rancangan Kerajaan Pusat untuk membina 44,000 rumah
mampu milik, menurut Rancangan Malaysia Ke-10.
“Politik dendam tak sesuai dalam negara demokrasi. Ahmad Said patut
sedar diri, Sultan sendiri pun tak pernah keluar kenyataan macam itu.
Kenyataannya akan lonjakkan kebencian rakyat pada Umno,” kata Azan.
0 Komen pengunjong :