KUALA LUMPUR:
Setelah menyepi seketika waktu akhirnya Harakahdaily berjaya
menghubungi sumber Umno untuk mendapat laporan terkini daripada beliau
mengenai kenyataan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor mengenai penerbangan pengundi baru-baru ini.
Tengku Adnan
mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan
khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya
benar.
Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan
penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh
“rakan-rakan BN.”
“Itu plan B dah sebenarnya. Dah confirm akan kalah baru digunakan,” kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini.
“Jadi apa plan A-nya?” tanya Harakahdaily.
“Video
seks. Video seks buatan seorang pemimpin wanita PKR dah mula
dikeluarkan. Ingatkan tak keluar sebab dah backfire. Patutnya Plan B dah
jalan, Plan A akan henti. Sekarang jalan dua-dua, confirm dah dapat
maklumat risikan nyawa tinggal sampai malam besok sahaja,” katanya
sambil berseloroh.
Disebabkan suara telefon yang agak kejauhan, Harakahdaily bertanya pada beliau lokasi kedudukannya.
Sumber
Umno itu memberitahu beliau kini berada di luar negara kerana hadapi
tekanan kuat setelah meledakkan pada Harakahdaily tempoh hari bahawa Tun
Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di Putrajaya untuk menyelamat
Tengku Adnan.
Harakahdaily cuba bertanya apakah Plan B sudah berjalan lama dalam perancangan.
“Dah
lama. Selama ini targetnya Selangor sahaja. Tapi masalah sekarang
Johor, Putrajaya dah goyah. Mula-mula mereka ingat tempur Selangor
sahaja. Sebenarnya kalau bukan Zulkifli Noordin besar mulut kata 110%
akan menang, saya rasa Plan B ini tidak akan dihidu oleh sesiapa atau
diledakkan keluar dari dalam.
"Silap percaturan plan A lepas
video seks untuk benamkan PAS backfire badly – kamu attack orang yang
berintegriti lama bertunjang di politik negara, siapalah nak percaya.
Kadangkala pakar strategi kita ini memang bodoh sikit,” kata sumber Umno
itu.
Beliau berkata sekarang waktu getir untuk mereka yang terlibat dalam Plan B.
“Dulu
di Sabah, selepas BN menang, berapa orang yang kehilangan kebebasan
kerana terlibat dalam perbuatan terkutuk itu? Orang-orang yang hilang
kebebasan itulah yang muncul menceritakan segalanya pada RCI
(Suruhanjaya Siasatan Diraja) Sabah mengenai pendatang asing. Sekarang
dalaman sedang bertiup kencang mengenai nasib mereka selepas ini, jika
BN menang atau kalah,” kata beliau lagi.
Beliau menyuruh Harakahdaily menyiarkan nasihat ini kepada mereka yang terlibat dalam Plan B.
“Hentilah.
Kamu semua akan menyesal nanti. Yang terkena ialah anak-anak dan
cucu-cucu kamu. Orang Bangla ini akan jadi orang Melayu – boleh beli
tanah rezab orang Melayu, dapat diskaun beli rumah Bumiputera, anak-anak
masuk universiti guna kuota Melayu, beli amanah saham – silap hari dia
jadi kaya, anda semua jadi kuli dia. Kalau rakyat dah tolak BN,
hormatlah keputusan. Rezeki di tangan Allah, bukan Umno. Usah bimbang,
hilang rezeki ini, Allah akan ganti dengan yang lain,” tegas beliau.
Sebelum mengakhiri perbualan, Harakahdaily sempat bertanya samada beliau akan balik mengundi.
“Insha-Allah balik – kena undi pada parti yang tidak disokong warga Bangla dan Nepal,” katanya sambil ketawa besar.
Sumber Umno itu seorang pengundi di Selangor.
0 Komen pengunjong :