Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Keahlian Terus BN, Keretakkan Dalaman Tidak Terbendung





Kelulusan usul pindaan keahlian terus Barisan Nasional (BN) adalah kerana keretakkan dalaman BN yang tidak mampu dibendung lagi ulas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.
Sebelum ini semua parti komponen Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan cadangan menerima  keahlian terus menyertai parti itu yang kononnya selaras dengan perubahan suasana politik semasa.
Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa Umno-Bn semakin terdesak meraih sokongan rakyat yang jatuh merudum selepas kalah teruk dalam  pilihanraya umum lepas.
"Ini sebenarnya krisis dalaman BN dimana gabungan parti nyata tidak lagi berkesan. itu sebab dalam keadaan ini BN cuba cari jalan ini menunjukkan mereka mengakui BN menghadapi masalah" kata Tian Chua.
"Secara konsep dan struktur BN sudah mengakui mereka gagal mengekalkan sokongan dan sebagai gabungan politik yang relevan dalam lanskap politik negara"katanya.
Sementara itu Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani juga turut menambah, Umno-Bn sudah  kehilangan modal dan menyifatkan parti tersebut sebagai langau yang kotor dan hanya  tahu berbunyi.
"Dia dah terlampau terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat termasuk yang bermasalah pun diambil. dia nak tunjuk kekuatan sedangkan dengan dia sendiri pun cukup gelisah dalam kumpulan yang haru biru, paksa ambil keputusan kaut semua pilihanraya ini kemudian dia akan buat kumpulan terbanyak," katanya.
"Kita jangan layan. rakyat sudah matang berfikir. kita hanya tenang. hanya seekor dua mengkarung atau langau yang berbunyi tidak membawa penyakit atau mencacatkan makanan itu kerana langau bersifat bunyi dan kotor. itulah kaedah dia(BN)," katanya lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan BN, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini memberitahu media bahawa, persetujuan itu dicapai selepas pihaknya meneliti setiap pandangan dan teguran yang dikemukakan oleh pemimpin daripada 13 parti
komponen BN.
Bagaimanapun beliau berkata, segala perincian terhadap cadangan tersebut akan diumumkan selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang diadakan hari ini.
Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan cadangan menerima keahlian terus menyertai parti itu selaras dengan perubahan suasana politik semasa.
Bagaimanapun, menurutnya, terdapat beberapa kebimbangan yang disuarakan oleh parti  komponen BN namun telahpun diatasi dengan penambahbaikan tertentu.
BN akan mengadakan konvensyennya pada 28 November ini untuk membincangkan cadangan meminda Perlembagaan BN bagi menerima individu, parti politik atau NGO yang menyokong BN menjadi ahlinya secara terus.
Cadangan pindaan yang dicetuskan oleh Najib itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada parti-parti politik, NGO dan individu yang cenderung menyokong BN tanpa menyertai mana-mana parti komponen BN.

4 comments :

  1. mmg tak dapat bendung lagi dah keretakan dlaman BN ni..

    ReplyDelete
  2. Baguslah tu.....lagi cepat bungkus lagi bagus.50 tahun lebih memerintah , bukan semakin maju tetapi semakin mundur...cuba bayangkan kalau dulu semasa tahun 80an ekonomi kita boleh tahan, Singapore di belakang kita, kita bersaing dengan Korea Selatan.

    Kini lebih teruk dari Singapore.....tetapi ada juga yang buta mata dan buta hati kata ekonomi kita bagus..yang lucunya ada pencacai yang mengiyakannya...huh huh huh...bangang!...bangang!

    Sekarang ini pula dah ada ura-ura nak minta sedekah kat bank dunia.Dulu bukan main agi hentam DSAI kunun nak gadai negara ini.

    LAGI CEPAT MAMPOSS LAGI BAIK.MENYUSAHKAN SAJA....PERUT MASING-MASING DAH BUNCIT MENTEKEDARAH DUIT HARAM!

    ReplyDelete
  3. @http://blogobo.com/..... harap-harap hancur terus BN selepas ini.

    ReplyDelete
  4. @azman kamarul..... moga tuhan membuka mata semua rakyat supaya menyedari akan keadaan sebenar.

    ReplyDelete