Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mustafa Ali sedia lafaz sumpah laknat


MARANG, 4 Mei — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata beliau bersedia melafazkan sumpah laknat berhubung video seks yang dikaitkan dengannya, jika isu itu menjejaskan parti itu.
Mustafa (gambar) berkata beliau meminta pandangan dua pemimpin tertinggi PAS iaitu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perkara itu.
Bagaimanapun, katanya mereka memaklumkan bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.
“Jadi, sebab itu, walaupun macam-macam surat khabar sebut, saya tak kisah, tak gugur pun bulu roma saya, apa yang disebut surat khabar dan blog, saya masih boleh melaksanakan (tugas) dan tak jejas apa-apa.
“Ini adalah pandangan yang diberikan oleh autoriti dalam PAS, tak ada pandangan yang lebih tinggi selain Mursyidul Am dan Presiden yang mengatakan demikian,” katanya dalam satu ucapan di Rusila malam tadi.
Dalam ucapan itu, Mustafa turut menafikan beliau adalah individu dalam video seks berkenaan.
“Saya tetap dengan pendirian saya, penyebaran video itu adalah kerja Umno, saya ada bukti tetapi tidak boleh kemukakannya sekarang, kita akan bertemu di mahkamah,” katanya.

0 Komen pengunjong :