Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Helikopter bawa Anwar dihalang di Langkawi

Anwar-heli-langkawi

LANGKAWI 4 MEI: Tindakan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) diselar kerana cuba menghalang helikopter yang membawa Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Langkawi.

Menurut Setiausaha Politik 1, Mohd Shukri Md Saad, kelewatan sehingga dua jam menyebabkan Anwar gagal menghadiri Himpunan Pakatan Harapan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, petang semalam.
“Selepas solat Jumaat kami dapat panggilan daripada pemilik helikopter bahawa DCA tak benarkan helikopter meninggalkan Langkawi apabila nama Anwar ada dalam senarai penumpang,” Shukri kepada Keadilan Daily.
“Namun, ada sokongan dari pihak tertentu. Mereka benarkan Anwar guna pesawat kecil dan mendarat di Alor Setar,” maklum Shukri.
Anwar mendarat kira-kira jam 5 petang dan sempat singgah di Pekan Naka, Pedu.
Namun, beliau tidak dapat menghadiri program di Stadium Suka Menanti, Alor Setar kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
“Saya minta maaf kerana tidak dapat hadir. Minta maaf kepada semua. Pastikan kita semua turun beramai-ramai Ahad ini bagi mencapai matlamat untuk tawan Putrajaya,” kata Anwar kepada hadirin yang diperdengar melalui panggilan telefon.
Shukri memaklumkan, pergerakan Anwar dan pasukan menggunakan laluan darat dan beliau berjaya tiba di Sungai Petani dan Stadium Keladi di Kulim.
“Walaupun kita dihalang, tapi berjaya tiba di beberapa lokasi lain,” kata Shukri.

1 comment :

  1. takan tak boleh agak kut yang musuh memang cari jalan sekat hampa.. lain kali jangan atuk program tu dekat2 sangat... bagi ada jarak sikit, kurang2 ada masa utk guna jalan alin...

    ReplyDelete