PUTRAJAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini
berkata, beliau sedia memaafkan Tun Dr Mahathir Mohamad, bukannya bekas
Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
"Tuan Daim kata lapan tahun Anwar jadi Timbalan Menteri Kewangan,
hari-hari dia beri nasihat," kata Anwar ketika menyampaikan perutusan
Hari Pekerja di sini, hari ini. Kedua-dua Anwar dan Daim merupakan
anggota Kabinet era Dr Mahathir."
Daim pernah menjadi Menteri Kewangan dua kali. Dalam satu wawancara
bersama Berita Harian, Tun Daim memberitahu, sewaktu Anwar menjawat
jawatan Timbalan Menteri Kewangan, beliau sering meminta khidmat
daripada beliau.
Menurut Daim, Anwar hanyalah graduan berkelulusan pengajian Melayu.
"Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan.
"Beliau juga sering membawa saya ke rumahnya untuk makan tengah hari.
Ibu saudaranya memasakkan saya lauk kegemaran saya," katanya ketika
diwawancara akhbar itu.
Namun menurut Anwar hari ini "kalau aku dengar nasihat hang Tun Daim, aku pun sudah jadi bilionair macam hang," katanya.
Menurut Anwar lagi, jika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berjaya
menumbangkan parti pemerintah, Daim akan menerima natijah setimpal
daripada perbuatannya itu.
"Saya hendak beritahu tuan-tuan, kita ambil alih kerajaan, semua
harta yang diambil secara haram, harta rakyat, wang rakyat, kita
pulangkan semula kepada rakyat.
"Tapi Mahathir saya maafkan, ganggu dia buat apa... jangan... jangan.
"Saya biasa duduk dalam penjara, siapa hendak jaga dia," ujar Anwar lagi.
Namun menurut Anwar, kedua-dua pemimpin itu mula turun berkempen di Putrajaya kerana ketakutan mereka terhadap Pakatan Rakyat.
"Bila Datuk Husam turun, Tun Daim terpaksa datang ke Putrajaya. Maknanya begitu pentingnya Husam.
"Kalau dia tak bertanding, Mahathir dan Daim tak akan turun," tambah beliau.
Walau bagaimanapun katanya, beliau tidak mahu mengambil pendekatan
menyerang Dr Mahathir secara peribadi bersangkutan kekayaan yang
dimilikinya.
"Saya tak nak serang dia (Mahathir) macam mana yang dia buat. Apa lagi yang saya tak buat.
"... Yahudi sudah, Amerika sudah, Al-Qaeda sudah, Arab sudah, Turki sudah, Sulu pula sekarang ini.
"Jadi kalau kita hendak layan... isunya apa? Isunya saya ulang apa Husam kata, dia takut!," ujar Anwar.
Mengambil pendekatan mahu terus melangkah ke hadapan, Anwar berkata
kepada Dr Mahathir "tetapi monopoli kontrak Petronas anak kamu mesti
ditamatkan serta-merta".
0 Komen pengunjong :