SHAH
ALAM, 30 Jan — Kerajaan negeri Selangor akan membubarkan Dewan Undangan
Negeri (DUN) Selangor selepas Chap Goh Meh, jika Putrajaya masih enggan
memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri
bagaimanapun akan berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan
Rakyat (PR) berkenaan perkara ini.
“Sekiranya Federal tidak memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan
Parlimen, kerajaan negeri bercadang untuk berbincang dengan majlis
pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk kita bubarkan DUN dengan lebih
awal, iaitu selepas Chap Goh Meh,” kata Khalid dalam sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.
Menurut Khalid, sebelum ini beliau enggan membubarkan DUN serentak
dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana
mahu menguruskan bajet tahunan kerajaan negeri yang masih belum
selesai.
“Tetapi, kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih
belum bubar sebelum Chap Goh Mei, kita memikirkan untuk pembubaran lebih
awal untuk mandat baru untuk kepentingan rakyat,” kata Khalid lagi.
Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada 28 April dan pilihan raya mesti diadakan 60 hari dari tarikh tersebut.
Pemerhati menjangkakan Najib akan mengadakan pilihan raya pada
penghujung Mac selepas memberi kesemua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),
program pemimpin Barisan Nasional percaya akan meningkatkan peluang
dalam pilihan raya akan datang.
Menteri besar Selangor sebelum
itu berkata pembubaran tersebut bergantung kepada bila Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak mengadakan pilihan raya, sama ada secara
berasingan atau serentak dengan parlimen.
Abdul Khalid menerangkan keputusan tersebut dibuat kerana keengganan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan daftar pemilih.
Kerajaan negeri baru-baru ini mengeluarkan satu kajian peningkatan
pengundi dalam daftar pemilih meningkat, pada 563,471, 600,406 dan
625,510 setiap suku tahun lalu.
Khalid berkata kerajaan negeri tidak boleh mengesan 28 peratus dari
497,084 pengundi yang didaftarkan pada suku terakhir tahun lalu.
Sementara itu, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kuasa membubarkan DUN terletak di tangan Sultan Selangor.
"Beritahu dia, dia hanya boleh menasihati Sultan untuk bubarkan DUN,
tapi tarikh penamaan calon dan pilihan raya terletak kepada SPR," kata
Abdul Aziz dalam sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya.
"Kebanyakan negeri dia punya last day .. About March, April atau Mei.."
Beliau juga berkata keputusan pembubaran DUN terletak di tangan Sultan Selangor.
"Terpulang kepada tuanku, kalau tuanku setuju," katanya lagi.
0 Komen pengunjong :