KUALA
LUMPUR, 11 Mei — Majoriti ahli parlimen dan ketua cabang PKR di negeri
Selangor mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai
Menteri Besar (MB), kata sumber, ketika bantahan oleh sekumpulan dalam
parti yang diketuai timbalan presiden Azmin Ali.
The Malaysian Insider difahamkan sokongan tersebut dibuat
dalam “pertemuan” tertutup yang diadakan di Empire Hotel, Subang Jaya
pada hari Isnin lalu di mana ia dihadiri 14 ahli dewan undangan negeri,
16 ketua cabang dan beberapa Ahli Parlimen (MP), malah mereka yang hadir
ini merasakan Abdul Khalid layak memimpin kerajaan negeri Pakatan
Rakyat (PR) Selangor untuk penggal kedua.
“Mesyuarat itu sepatutnya dihadiri Azmin juga, tetapi beliau tidak
hadir. Kebanyakan mereka yang hadir mahu TSKI sebagai MB,” kata sumber
kepada
The Malaysian Insider, merujuk kepada Abdul Khalid
(gambar) dengan singkatan TSKI.
Beberapa pemimpin PKR, termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan MP
Bukit Lanjan Elizabeth Wong mengesahkan pertemuan di Empire Hotel pernah
berlaku.
“Ya,” katanya melalui pesanan ringkas ketika ditanya sama ada mesyuarat itu termasuk perbincangan tentang jawatan seseorang MB.
Azmin mendakwa PKR semalam tidak menjalankan proses perundingan yang
diperlukan dalam memilih calon untuk jawatan itu apabila surat yang
kononnya menyokong Abdul Khalid untuk jawatan itu didakwa telah dihantar
ke istana Selangor.
Beliau juga muncul untuk mempersoalkan kepimpinan Abdul Khalid pada
sidang akhbar semalam dan mahu mengadakan pertemuan dengan
pemimpin-pemimpin utama PKR untuk menggesa satu keputusan secara
rundingan di dalam memilih MB Selangor yang baru.
Ketua cabang Pelabuhan Klang PKR, Yeoh Boon Lye memberitahu
The Malaysian Insider bahawa kebanyakan pemimpin Selangor merasakan Abdul Khalid faktor penyumbang kepada sokongan PR meningkat di negeri tersebut.
PR yang terdiri daripada PKR-DAP-PAS memenangi 44 daripada 56 kerusi
Dewan Undangan Negeri (DUN), melebihi lapan kerusi daripada pilihan raya
umum lepas. PKR, bagaimanapun, hanya menang 14 kerusi manakala DAP dan
PAS masing-masing menang 15 kerusi.
Walaupun DAP dan PAS mendapat lebih kerusi, kedua-dua rakan
komponennya tersebut menegaskan mereka mahu Abdul Khalid memimpin negeri
untuk penggal kedua, satu langkah yang dilihat menunjukkan keyakinan
terhadap kepimpinan beliau, pandangan tersebut juga dinyatakan oleh
Yeoh.
“Kami mendapat kejayaan dari Tan Sri Khalid. Bagaimana kami mahu
tukar (beliau) apabila beliau membawa kami kearah kemenangan? Kami
menang kerana dia,” katanya.
Pertikaian jawatan MB menjadi perkara yang dibangkitkan selepas Azmin
yang dikatakan juga bersaing untuk jawatan tersebut berkemungkinan akan
meninggalkan PKR ekoran sokongan parti tersebut ke atas pentadbiran
Abdul Khalid.
Namun, Azmin menolak spekulasi tersebut dalam satu sidang akhbar hari
ini dimana beliau diapit oleh beberapa barisan parti di Selangor, ia
juga petanda bantahan terhadap kemungkinan pelantikan semula Abdul
Khalid sebagai ketua eksekutif negeri.
Walaupun ADUN Bukit Antarabangsa tersebut berulang-kali cuba mengelak
apabila dihujani dengan soalan-soalan tentang pencalonan dirinya untuk
mengisi jawatan tersebut, timbalan presiden PKR tersebut telah membuat
beberapa sindiran sinis terhadap isu perlantikkan Abdul Khalid.
Beliau berulang-ulang sepanjang sidang akhbar itu berkata pentadbiran
Abdul Khalid dipenuhi dengan aduan “pita merah” dan pada masa sama
mendakwa kerajaan negeri tidak pernah responsif kepada isu-isu yang
dihadapi oleh pengundi.
“Dalam jangka kedua, mesti ada reformasi pentadbiran (Selangor). Kami
mempunyai simpanan sebanyak RM2.6 bilion tetapi ini bermakna apa-apa
jika tiada manfaat yang dirasai oleh rakyat.
“Rakyat mahu sebuah kerajaan yang responsif... terdapat aduan sampah
tidak diambil, masalah pembentungan, jalan tidak dibaiki,” katanya,
sambil menambah bahawa aduan telah dibawa ke kepimpinan pusat PKR
beberapa kali sebelum ini.
Azmin menafikan kritikan tersebut adalah berkaitan dengan isu
pertikaian jawatan MB dan bantahan tersebut dibuat oleh pengundi
Selangor dan ADUN di negeri tersebut.
azmin sepatutnya menumpukan kp memperkasakan pkr utk menghadapi pru14 utk melebarkan pengaruhnya dinegeri2 lain selain selangor.
ReplyDeleteTan Sri Khalid telah berjaya selama ini menonjolkan imej ketua negeri ala pkr dan biar dia terus mengepalai selangor sebagai ketua pentadbirnya.
iniyg terbaik dan status azmin sebagai orang tertinggi pkr tifak skan terjejas malah boleh lebih mulia dan ditingkatkan kalau rentanya betul......berjuanglah kerana Allah dan untuk rakyat bukan kerana diri sendiri.......apa pun jawatan, semuanya sepatutnya sama dan berbabgga menjadi barisan rakyst reformasi....