KUALA LUMPUR- Kerajaan Selangor hanya akan membuat keputusan sama
ada membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) serentak atau berasingan
dengan Kerajaan Persekutuan, selepas menilai keberkesanan Program
Pengukuhan Demokrasi yang dijalankan.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Program
Pengukuhan Demokrasi itu kini masih berjalan di seluruh Dun di negeri
ini dan sebahagiannya telah selesai.
“Sebab utama kita belum buat keputusan (bubar DUN serentak atau
tidak) kerana kita mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih SPR
benar-benar bersih dan sebab itu juga kita wujudkan Program Pengukuhan
Demokrasi ini,” ujarnya.
“Setakat ini 29 daripada 56 DUN sudah kita terima maklumat selepas
terlibat dengan Program Pengukuhan Demokrasi, manakala bakinya belum
lagi," katanya kepada Keadilandaily.
Sehubungan itu kata Khalid, mesyuarat khas mengenainya akan diadakan
pada 17 Ogos ini bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) dan
kumpulan berkaitan.
Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan
meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk
membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.
Selangor sebelum ini mengesan pertambahan pengundi baru dengan jumlah
yang sangat luar biasa dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak
tertentu merampas negeri itu pada PRU-13 akan datang.
Kerajaan negeri juga sebelum ini melancarkan program Selangorku
Bersih dalam usaha menjejak pengundi baru tersebut dan masih berjalan
sehingga hari ini.
“Kita juga sedang meneliti dengan penuh minat penambahan dan
pendaftaran pengundi baru seramai 490,000 orang di negeri ini,” kata
Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak..
Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa di Hotel Holiday
Villa, Subang Jaya mengulas mengenai kemungkinan Parlimen dibubar antara
September hingga November tahun ini.
.
Mondy diarah bayar RM20,000 kepada Ebit Lew
22 hours ago
0 Komen pengunjong :