Komik lucah disebarkan di kawasan Pakatan pula

NONESelepas komik lucah yang memaparkan kartun seks Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Seri Anwar Ibrahim diedarkan di Parlimen Lembah Pantai, kini komik itu disebarkan pula di kawasan Pakatan Rakyat yang lain.

Kali ini, komik "Kisah Juara Raja Lawak" disebarkan di Damansara yang terletak di parlimen Subang yang diwakili bekas naib presiden PKR R Sivarasa.

Seorang pekerja swasta yang tidak mahu dikenali memberitahu Malaysiakini pada 26 Mac lalu, komik lucah itu diposkan ke rumahnya.

“Saya tidak pasti nama dan alamat saya diambil daripada (sumber) mana. Cop pos (atas sampul surat) dari sebuah pejabat pos di Shah Alam,” katanya.

Menceritakan kandungan komik tersebut, wanita itu berkata terdapat lukisan kartun yang menyerupai gambar Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh melakukan aksi seks.

Menurut wanita yang berumur 26 tahun itu lagi, dia menyedari komik berkenaan berada di peti suratnya selepas memeriksanya semalam.
Laporan polis

“Saya tidak pasti sama ada jiran dan rakan-rakannya yang lain turut menerima komik itu,” katanya.

Ditanya sama ada beliau membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, wanita itu berkata beliau tidak membuat laporan polis dan tidak pasti sama ada mahu berbuat demikian.

“Saya baru sedar (komik itu) semalam, tidak pasti nak buat laporan atau tidak,” katanya.

Akhir bukan lalu, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis berhubung penyebaran komik itu yang memaparkan kartun lucah Anwar - yang juga bapanya - dalam pelbagai aksi.

Komik 16 halaman tersebut didakwa mempersendakan ketua pembangkang dihantar kepada pengundi baru di kawasan parlimennya di Lembah Pantai.

Dalam laporan polisnya, Nurul Izzah antaranya mendakwa, pengedaran komik itu berniat jahat "kelihatan seperti suatu kempen" bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti bapa dan imej beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

2 comments :

  1. antor ler ke selughoh mesia. ator pon selughoh dunia.... duit umNOkan ker manyak......

    ReplyDelete
  2. @amalhaj..... biarlah dia org antor. Rakyat boleh menilainya.....

    ReplyDelete