KUALA LUMPUR: Pakatan
Rakyat akhirnya mencapai konsensus bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim
(gambar) akan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor buat penggal kedua
ekoran pencapaian cemerlang Selangor sepanjang tempoh penggal lalu.
Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution, PKR telah menamakan dua orang sebagai calonnya untuk jawatan itu.
Berdasarkan
nama itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng telah bersetuju melantik Khalid untuk meneruskan
perkhidmatannya, maka Khalid dipilih.
Tengahari tadi, Pengerusi
PKR Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kesal dengan
cara perlantikan ini kerana ia tidak melalui prosedur mesyuarat.
Namun
beliau menafikan akan meletakkkan jawatannya dalam parti atau ADUN dan
anggota Parlimen sebagaimana disebarkan sebelum ini.
Beliau menyifatkan ianya sebagai kerja-kerja Umno.
Sebelum
ini, Tuan Guru Abdul Hadi dan Lim Guan Eng telah menghantar surat
kepada Tuanku Sultan Selangor untuk bersetuju perlantikan Khalid sebagai
Menteri Besar Selangor.
Siapa cakap gaji aku RM1 juta? – Jojo Ghazali
4 hours ago
0 Komen pengunjong :