Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Siasatan tekanan politik, bazir sumber polis – Nik Nazmi

PETALING JAYA : Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad individu pertama yang dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk disoal siasat berhubung Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat: Bantah Penipuan PRU 13 di Kelana Jaya.
Beliau merupakan antara 28 pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap pada himpunan itu Rabu lalu dan semua mereka disiasat di bawah Akta Himpunan Aman dan Akta Hasutan.
“Saya dipanggil polis untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan berkaitan isu notis pemberitahuan program himpunan dan kandungan ucapan saya,” kata Nik Nazmi ketika ditemui selepas selesai sesi keterangan petang ini.
Menurutnya, proses siasatan akan diteruskan dengan memanggil lain-lain pemimpin terlibat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu menyifatkan, siasatan tersebut sebagai tekanan politik kepada Pakatan Rakyat terutama selepas pilihan raya.
“Ini adalah satu bentuk tekanan politik, pembaziran sumber polis dan intimidasi terhadap Pakatan selepas pilihan raya,” katanya.
Selain beliau, individu lain turut dipanggil hari ini, Ahli Jawatankuasa KEADILAN Cabang Kelana Jaya, Fazli Sulaiman yang bertanggungjawab menghantar notis pemberitahuan program.
Nik Nazmi diwakili peguam, Eric Paulsen.

0 Komen pengunjong :