Ismail Sabri : Harga Gula Naik BesokTak Betul

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menolak khabar angin mengatakan harga gula akan mula naik mulai esok. Beliau berkata pengguna membuat spekulasi harga gula akan naik pada 1 Jun.

Tegasnya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pengguna 2010 di sini bahawa kalau dia kata harga gula tak akan naik esok, sememangnya tak akan naiklah, tapi pengguna lebeh percaya pada tauke kedai seolah-olah tauke kedai yang umum kenaikan harga gula.Katanya lagi kalau begitu belilah sebanyak mungkin dan kita tengok harga akan naik atau tidak besok

Akibat dari khabar angin yang disebarkan berlaku pembelian panik sejak kebelakangan ini di beberapa negeri dan seolah-olah krisis kekurangan bekalan gula berulang semula.

Ismail Sabri yakin buat masa bekalan gula mencukupi kerana pengeluaran gula telah ditambah antara lima hingga 15 peratus bagi menghadapi permintaan yang tinggi ketika cuti sekolah dan perayaan Hari Gawai.


Kembara Jr ..... Boleh percaya ke harga gula tak akan naik besok, apa tak percaya ke? Sama-sama kita tengok naik atau tidak.

Dari pengalaman-pengalaman yang lepas kalau puak Umno/Bn ni kata sesuatu kita kena terbalikkan. Kalau dia orang kata tak naik maka ertinya naik. Sebaliknya kalau dia orang cakap naik kita kena terjemahkan yang harga tu tak akan naik.

Sekiranya gula akan naik harga maka bertambahlah pula beban hidup kita. Lepas satu, satu harga barang naik. Pendapatan macam tu jugak. Kemungkinan tak berapa lama lagi harga petrol pula akan naik. Apapun kita berharap harga gula tak akan naik lagi besok.

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :