Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

K’jaan henti bekal ubat percuma, rakyat tanggung kos sendiri


PETALING JAYA : Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.
Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.
Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.
“Antara ubat paling banyak diberi kepada pesakit ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selsema) dengan kos 10 sen setiap biji. Kementerian membelanja lebih RM1.2 bilion dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.
“Maka satu sistem baru akan diperkenal dalam masa terdekat. Kementerian Kesihatan tidak lagi membekalkan ubat kepada pesakit, tetapi perlu membelinya sendiri di farmasi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Yahya berkata, sistem itu jauh berbeza pada masa kini apabila kementerian menanggung segala kos rawatan, konsultasi dan perubatan.
“Kami mendesak dasar baru itu dibatal serta-merta kerana ia jelas membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah selain kos sara hidup setiap hari kian melonjak.
“Kita juga desak dasar sedia ada dikekalkan kerana kami yakin jika kewangan negara diurus dengan tata kelola baik termasuk membasmi rasuah, rawatan kesihatan percuma boleh diberi kepada seluruh rakyat sebagaimana dinikmati di beberapa negara Eropah,” katanya.
Mengikut data Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), ketika ini, 72 peratus daripada 12 juta pekerja Malaysia bergaji RM700 hingga RM1,500 sebulan dengan purata mereka mempunyai tiga orang anak. Dasar baru ini pasti akan membebankan rakyat.
Turut hadir dalam sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kewangan (MTUC), Alias Awang.

1 comment :

  1. orang miskin & papa kedana diHARAMkan jatuh sakit. dosa besaq tu.

    ReplyDelete