Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mufti Umno ‘ghairah’ isu Hadi, bisu syarikat arak milik kroni


PETALING JAYA 3 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak segelintir mufti yang ‘menari’ mengikut gendang Umno memberi reaksi terhadap kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi berdiam isu kemungkaran pemimpin BN.
“Ada kenyataan pimpinan Umno yang jelas menentang Islam dan hukumya. Ada juga pemimpin Umno yang menguasai syarikat arak.
“Bukan bidang saya nak nasihat mufti. (Namun), saya tak pernah dengar ada teguran.
“Kenyataan Haji Hadi tahun 1981. Kenapa Mufti nak buat kenyataan sebelum pilihan raya umum (ke-13)?” kata Anwar menjawab soalan wartawan pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.
Berikutan polemik yang dikitar semula Umno BN sebagai kempen pilihan raya, Hadi pada 29 Disember lalu menyatakan kesediaan mambalas hujah menerusi siaran langsung di TV1 dan TV3.
Lebih melucukan apabila Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, ia hanya dibuat secara rakaman bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.
“Haji Hadi harus diberikan ruang untuk beri penjelasan. Ia kenyataan tahun ’81. Kenapa (Umno) begitu ghairah?” soal Ketua Umum KEADILAN.
Hadir sama sidang media, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen.

0 Komen pengunjong :