Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Konvoi Ke Gaza Bawa Bantuan Diserang

Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam konvoi kapal yang membawa bantuan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan dua orang terbunuh manakala 30 lagi cedera. Rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen yang menaiki kapal dari Turki.

Sementara itu menurut laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza. Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu. Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.

Konvoi kapal-kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.


Kembara Jr ..... Tengoklah betapa zalimnya puak Israel ini sehinggakan bantuan yang hendak dihantar kepada penduduk Gaza yang telah lama menderita kerana kekurangan bekalan sanggup diserang. Tujuannyanya adalah untuk menyekat bantuan itu daripada sampai kepada mereka yang memerlukannya.

Aku rasa Malaysia satu masa nanti juga akan bersikap sebegini juga selagi APCO menjadi penasihatnya. Regim zionis ini tak berhati  perut dan sanggup melakukan apa saja tanpa belas kasihan.

Walauapapun kita doakan semoga konvoi tersebut akan selamat khususnya rakyat Malaysia yang menyertainya.

.....Lawannn.....Tetappp.....Lawannn

0 Komen pengunjong :