Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi
menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".
"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.
"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan wujudnya 'pertemuan sulit' antara Menter Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.
Mustafa mendakwa isu pertemuan tersebut sengaja dibangkitkan bagi mengalih isu dalaman Umno iaitu gerakan menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri yang disifatkan setiausaha agung PAS itu sebagai "agak serius".
Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan identiti gerakan tersebut walaupun dipujuk pemberita berkali-kali tetapi mengesahkan wujud 'gerakan' tersebut dan ianya "agak kuat".
"Ia bukan perang psikologi, tapi ia memang betul... Tunggu satu atau dua minggu lagi akan lebih nyata (kedudukannya)," katanya.

Ditanya daripada mana gerakan tersebut, Mustafa mendakwa ia daripada kalangan pemimpin Umno sendiri.
"Pada waktu ini saya tak mahu sebut lagi," katanya sambil menambah bilangan pemimpin Umno yang terlibat itu "agak ramai".
Ditanya mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa Penawar - sekumpulan bekas ahli parlimen Umno yang diketuai bekas menteri kabinet Tan Sri Aziz Shamsuddin - mengetuai gerakan tersebut, Mustafa berkata:
"Saya tidak tahu, saya tidak boleh mengesahkannya. Boleh jadi sama. Saya tidak mahu mengesahkannnya".
Mustafa mendakwa Najib yang juga presiden Umno menyedari kewujudan gerakan tersebut.

Mustafa berkata sekiranya perkara ini berlaku, maka secara adatnya sudah tentu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menggantikan tempatnya.
"Kecuali Umno mahu memilih Ku Li (Tengku Razaleigh) untuk menjadi perdana menteri. Itu satu kemungkinan sebab Ku Li adalah ahli parlimen Umno," katanya.
Menurutnya, mana-mana ahli parlimen Umno atau BN boleh dipilih menjadi perdana menteri dengan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Dalam sidang media yang sama juga, Mustafa juga menafikan wujudnya pertemuan Nik Aziz - Ku Li selepas membuat semakan berhubung dakwaan tersebut.
Katanya, perkara itu bukan isu dan tidak relevan kerana PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah berbincang mengenai pertukaran ketua pembangkang.
"Mana dapat (cerita ini). Ini serkap jarang... Tok Guru pun dah buat penafian, tetapi masih ditimbulkan.
"Sesiapapun boleh jadi ketua pembagkang tetapi mesti mewakili Pakatan Rakyat. Anwar sebelum ini digam (digantung dari sidang Parlimen) selama enam bulan, kita tidak ganti.
"Beliau terus menjadi ketua pembangkang. Nak ganti mesti datang daripada pemimpin utama Pakatan Rakyat," katanya.
Mustafa turut menafikan SMS yang mendakwa penyokong PAS diberikan wang tunai RM100 dan bekalan makanan sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 bulan lalu.
"Tidak ada. Ahli datang dengan komitmen, tidak harap apa-apa... Harap kena gas (pemedih mata), meriam air atau masuk lokap," katanya berseloroh.
0 Komen pengunjong :