Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

KEADILAN cabar Najib dedah butiran RM10.1 juta kos lawatan


KUALA LUMPUR: KEADILAN mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan butiran terperinci perbelanjaan lawatan beliau ke luar negara yang mencecah RM10.1 juta setakat tahun ini.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, sebanyak RM9.1 juta dihabiskan untuk kos penyewaan pesawat bagi lawatan Najib ke  luar negara, diikuti lawatan ke Kazakhstan yang melebihi RM1 juta.
“Perbelanjaan ini melampau dan kalau betul Najib telus, saya mencabar beliau membentangkan setiap perincian butiran perbelanjaan,”
“Tanggungjawab Najib ialah untuk memberikan semua maklumat dalam persidangan parlimen agar Pakatan Rakyat boleh memeriksa setiap sen yang digunakan,” kata Saifuddin.
Menurut Saifuddin, jumlah perbelanjaan lawatan tersebut lebih tinggi berbanding tempoh tiga tahun lalu yang mencecah kos keseluruhan sebanyak RM12 juta.
“Ini adalah bukti nyata Najib terus mengamalkan cara hidup mewah dan tak prihatin terhadap penderitaan rakyat di bawah,” katanya.
Ahli Parlimen Machang itu  turut menggesa agar ciri lawatan berkenaan dikaji semula memandangkan lawatan singkat Najib Ke Kazakhstan misalnya,  menelan kos yang  tinggi.
“(Ia) perlu kaji semula dan pengurangan boleh dibuat melalui pengurangan anggota (rombongan) yang menyertai lawatan,” katanya.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz  memberitahu Dewan Rakyat kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang melibatkan jumlah RM9.1 untuk lawatan Najib ke luar negara.
Semalam, Kementerian Luar Negara pula mendedahkan RM1,072,213.22 dibelanjakan oleh perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam di Kazakhstan.
Pada Jun lalu, Dewan Rakyat diberitahu dari tahun 2008 hingga Jun 2011, sejumlah RM17,118,650.58 digunakan bagi perbelanjaan lawatan rasmi PM bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam jawapan tersebut, Najib dan Rosmah membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.

0 Komen pengunjong :