Showing posts with label Saifuddin Nasution. Show all posts

Turun HKR demi jayakan amalan politik baru – Saifuddin Nasution


KUALA LUMPUR 12 JANUARI: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyeru segenap lapisan rakyat turun menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) untuk menjayakan hasrat bagi membina amalan politik baru di negara ini.
Ahli Parlimen Machang itu berkata, politik baru akan menjadi asas pentadbiran negara apabila diperintah Pakatan Rakyat bagi menggantikan politik lama yang diamal kerajaan Umno BN.


“Kita mahu menolak politik lama yang penuh dengan kejijikan adu domba, perkauman sempit dan politik yang bakar sentimen agama dalam kalangan rakyat. Mari kita mulakan politik baru iaitu politik kasih sayang.
“Iaitu kita sebagai sebuah keluarga besar yang membawa harapan kepada bumi yang kita pijak dan langit yang dijunjung. Ayuh kita mulakan politik baru di bumi Malaysia,” katanya.


Berucap depan lebih 5,000 ribu rakyat pada program Countdown HKR di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, tengah malam tadi, Saifuddin sebagai penceramah terakhir, turut menyatakan keyakinan mengenai berlakunya peralihan kerajaan ekoran kerjasama baik dari polis.
“Belum pernah Pakatan dilayan sebegini baik. Saya baca situasi ini dalam dua isyarat iaitu polis mahu memulakan perubahan baru. Kedua, barangkali polis sudah membaca  PRU akan datang, berlaku perubahan tampuk kerajaan,” katanya.


Seramai 74 penceramah pelbagai latar belakang tampil dalam program itu, sekali gus menjadi rekod paling ramai memberi ucapan pada satu program.
Antaranya Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua;  Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM); bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari; aktivis sosial, Hishamuddin Rais; Kartunis, Zunar dan Ronasina, selain bekas pelakon, Abby Abadi.
Acara berakhir dengan bacaan doa yang dipimpin Saifuddin dan pertunjukan bunga api.
Seterusnya >>>

Sekatan Terhadap Pemerhati, Bukti SPR Tidak Telus

Saifuddin Nasution Ismail putih 01

PETALING JAYA 2 JAN : Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membuat beberapa sekatan terhadap enam badan pemerhati Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) tidak mencerminkan kesediaan dan ketelusan badan itu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata SPR masih lagi menyekat enam badan pemerhati itu daripada memantau keseluruhan proses pilihan raya secara bebas, sebaliknya lebih fokus kepada proses ketika pasca pilihan raya.
Enam badan pemerhati yang diberi akreditasi oleh SPR itu ialah Transparency International Malaysia (TI-M), Merdeka Centre, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS), Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (proham).
Manakala antara sekatan itu terdiri daripada larangan memerhati proses pengiraan undi ; tidak dibenarkan merakam sebarang kejadian penipuan tanpa kebenaran pegawai SPR ; tidak dibenarkan berhubung dengan agen parti dan kakitangan tempat mengundi.
Turut dilarang daripada bercakap kepada pihak media ; dilarang menyerahkan maklumat kepada pihak ketiga dan mereka perlu berada di kawasan pilihan raya sepanjang proses pilihan raya berlangsung.
“Tugas pemantauan itu sangat kritikal dan penting terutama di kawasan panas.
“Kami berbincang secara terperinci berkenaan sekatan ini dan ia membuktikan tidak ketulusan pihak SPR untuk menjalankan pilihan raya dengan adil serta telus,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR.
Seterusnya >>>

Kenapa pihak berkuasa tak siasat Najib, Deepak? – Saifuddin


KULIM 30 DISEMBER: Datuk Seri Najib Razak terlepas dari tindakan undang-undang sekalipun didedah berperanan dalam menarik balik akuan bersumpah P Balasubramaniam kerana beliau masih Perdana Menteri. Sebaliknya, jika Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi sasaran pendedahan Deepak Jaikishan, Ketua Umum KEADILAN itu pasti dikenakan tindakan termasuk ditangkap.
Pada ceramah di Sungei Limau, Kulim, malam semalam, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata Najib langsung tidak disiasat, apatah lagi ditangkap.
“Ini membuktikan amalan double standard dalam sistem perundangan kerajaan Umno BN.
“Malah, Deepak tidak dipanggil untuk disiasat, baik polis atau SPRM. Tapi jika dakwaan melibatkan Anwar, percayalah dengan segera mereka geledah dan serbu Ketua Pembangkang.
“Kita akan tanya SPRM kenapa tak siasat walaupun Deepak sudah dedahkan bukti penglibatan Najib dalam isu SD Bala,” katanya.
Saifuddin berkata, pihak berkuasa melindungi Najib dan pemimpin Umno BN walaupun mereka terbukti terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat.
Beliau berkata, sikap berat sebelah itu jika dibiar berterusan akan merosakkan sistem keadilan dan perundangan di negara ini.
“Rakyat yang miskin dan tidak berwang akan menjadi mangsa kepada
sistem perundangan yang tidak adil.
“Jika tiada perubahan dalam PRU 13, musibah akan menimpa negara dan mendatangkan kesengsaraan lebih teruk kepada rakyat selama lima tahun akan datang,” katanya.
Seterusnya >>>

Himpunan 12 Jan hantar isyarat akhir buat SPR


MACHANG: Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini bakal menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

HKR KL112  sebagai kemuncak kepada Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3  bakal menghimpunkan sejuta rakyat. Ia memberi amaran akhir kepada SPR supaya tidak memandang mudah segala rungutan terhadap ketelusan perjalanan pilihan raya.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, SPR yang dianggap senjata akhir kerajaan BN perlu berfikir banyak kali dengan amarah rakyat sebelum meneruskan rancangan di luar demokrasi bagi memenangkan BN.

“Sejuta rakyat yang akan datang ke Kuala Lumpur. Ia akan mengajar SPR berfikir banyak kali. Ini tentunya akan melahirkan rasa gerun untuk terus membiarkan organisasi itu diperalatkan kerajaan BN.

“Mereka perlu bertindak untuk tidak membiarkan rakyat asing menjadi penentu demokrasi di negara kita. Jangan biarkan orang Bangladesh, Nepal, Filipina dan Indonesia mengundi untuk mengekalkan kerajaan yang ada sekarang,” katanya pada program Jelajah Anak Muda menuju himpunan Kebangkitan Rakyat di Dewan Majlis Daerah malam semalam.

Orang ramai tetap memenuhi ruang dewan biar pun banyak tempat di Kelantan sekarang dilanda banjir. Rata-rata yang datang hanya mendapat maklumat melalui internet tanpa ada poster di merata tempat.

Hadir sama wakil-wakil NGO termasuk Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, wakil Royalti, Anak, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman, aktivis mahasiswa Adam Adli dan Ketua AMK Kedah, Azman Nasharuddin.

Program bermula solat Maghrib. Pada program berkenaan juga orang ramai yang hadir turut melafazkan ikrar menuntu royalti yang diketuai Marziki Mat Rani.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, berdasar kepada siri himpunan kebangkitan rakyat yang diadakan di seluruh negara sebelum ini, sambutannya begitu memberangsangkan sekali.

Menurutnya juga pihak pengurusan Stadium Merdeka yang akan dijadikan tempat perhimpunan itu mengenakan kadar bayaran sebanyak RM75,000 bagi membolehkan program itu diadakan.

Adam Adli yang digantung UPSI selama tiga semester kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak di PWTC sebelum ini mengharap anak-anak muda datang beramai-ramai pada himpunan tersebut sebagai mencerminkan tuntutan mereka.

“Kalau kita seorang yang bercakap kerajaan tidak akan dengar, namun kalau sejuta rakyat menuntut kerajaan tidak boleh tidak mengendahkan lagi,” ujarnya.
Seterusnya >>>

Serang bas Merdeka Rakyat: Najib perintis samseng Umno


PETALING JAYA 18 Dis: Perbuatan bacul samseng Umno yang menyerang program Pakatan Rakyat hasil tunjuk ajar presidennya, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau merujuk insiden Bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu oleh samseng Umno di Tapah ketika dalam perjalanan ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Perak, kelmarin.
Ahli Parlimen Machang itu berkata, ia bukan lagi aneh kerana pimpinan Umno yang diterajui Datuk Seri Najib Razak terbukti takut untuk berdepan pemimpin Pakatan Rakyat, terutama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muhammad Nur menunjukkan gambar cermin bas yang pecah dibaling batu.
“Seruan dan cabaran untuk berdebat secara terbuka tidak disahut dan didiamkan. Malah pendedahan dan pembuktian tentang kegagalan dan kepincangan Umno serta Perdana Menteri jelas tidak mampu dijawab dan dijelaskan,” katanya dalam kenyataan yang dibacakan Ketua Penerangan, Dr Muhammad Nur Manuty di ibu pejabat parti, hari ini.
Hadir sama, Ketua Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri dan Setiausaha Pengelola, Raden Shamsul Akmar raden Shamsuddin.
Saifuddin turut mengaitkan serangan ini dengan rentetan pendedahan oleh Deepak Jaikishan dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menjadikan Umno seperti hilang punca, laksana meroyan dan tidak tentu arah.
“Kegagalan untuk menghalang serangan demi serangan mencerminkan bahawa Najib memberi lesen untuk kerja gila seperti itu diteruskan,” tegasnya.
Sementara itu, Muhammad Nur mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap serangan keempat ke atas bas Jelajah Merdeka Rakyat.
“Kita kesal kerana masih belum ada tindakan. Najib konon mencanangkan perihal demokrasi tapi keganasan politik berleluasa,” kata Pengerusi KEADILAN Perak itu.
“Pihak berkuasa tidak sepatutnya bertindak atas pengaruh mana-mana organisasi politik,” kata Muhammad Nur.
“Serangan samseng Umno bukti begitu terdesaknya Najib seperti dalam ucapannya di Himpunan Agung Umno tahun lalu, ‘biar tulang berselerakan, asalkan Putrajaya dipertahankan’,” katanya.
Seterusnya >>>

Pastikan ini perhimpunan Umno terakhir – Saifuddin


KUALA LUMPUR 29 November: Ucapan dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Perhimpunan Agung Umno hari ini merupakan bayangan kepada rakyat bahawa parti itu sudah hilang kewibawaan.
“Ucapan Najib tak seperti ucapan yang pernah disampaikan Presiden Umno terdahulu. Sepatutnya dalam perhimpunan begitu, Najib bicara soal dasar dan polisi, bukannya menghentam dan caci maki Pakatan Rakyat,” kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Najib pagi tadi menyampaikan ucapan penuh prejudis terhadap Pakatan Rakyat khasnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di hadapan perwakilan Umno.
“Najib hanya menyerang Anwar dan Pakatan. Sejak 14 tahun lalu Anwar sering dijadikan sasaran untuk serangan peribadi oleh pemimpin Umno,” kata Saifuddin ketika dihubungi.
Tambah Ahli Parlimen Machang itu, kenyataan Najib membayangkan betapa takutnya jika beliau dan Umno kalah dalam pilihan raya nanti.
Malah ia juga tanda perhimpunan itu adalah yang terakhir untuk Umno sebagai kerajaan, kata Saifuddin.
“Umno sudah selesa memegang kuasa selama 55 tahun. Sekarang mereka tahu mereka bakal kehilangannya. Sebab itu mereka jadikan perhimpunan ini sebagai tempat untuk caci, maki Pakatan Rakyat,” katanya.
“Ucapan Najib dan pimpinan Umno langsung tidak membawa kebaikan kepada bangsa dan agama.
“Perwakilan pula dengan membuta tuli ikut sama dengan ucapan tak berfaedah. Itulah Umno…,” kata Saifuddin.
Seterusnya >>>

Najib, Mahathir hipokrit, sembunyi jumpa Soros


KUALA LUMPUR 12 Oktober: Tun Dr Mahathir Mohamad dan Najib Razak hipokrit menyalak kononnya George Soros musuh yang cuba memporak-perandakan negara dan mengaitkan spekulator mata wang itu dengan Pembangkang, tetapi dalam masa sama bertemu untuk meminta bantuan, kata Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
“Sekarang sudah terdedah topeng kedua-dua mereka. Di satu sisi mereka memainkan sentimen kononnya Soros musuh luar yang cuba huru harakan negara.
“Dalam masa sama mereka sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan Soros yang turut dijalin bersama pemimpin Umno lain.
“Kemudian dia tuduh kita (Pakatan Rakyat) pula. Sedangkan Najib dan Soros secara sembunyi-sembunyi bertemu,” kata Setiausaha Agung KEADILAN itu ketika dihubungi.
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah minggu lalu mendedahkan pertemuan antara Perdana Menteri dengan Soros di sebuah hotel mewah, Hotel Plaza di Manhattan, New York 27 September 2010.
Saifuddin turut menempelak pertemuan pemimpin Umno dengan agen Yahudi.
“Dalam episod boneka asing, Dr Mahathir sendiri membayar jutaan ringgit kepada pelobi Yahudi, Jack Abramoff hanya untuk bertemu Presiden Amerika.
“Terbaru Dr Mahathir mengatakan Soros akan melantik Perdana Menteri boneka, walhal beliau sendiri pernah menulis tiga pucuk surat kepada tiga Perdana Menteri Israel yang berbeza,” katanya.
“Beberapa tahun sebelum itu, Menteri Luar, (ketika itu) Datuk Seri Syed Hamid Albar turut bertemu David Levy (Menteri Luar Israel),” kata Saifuddin.


Perkara itu merujuk pertemuan kedua-dua pemimpin itu pada Ogos 1999 semasa Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan pungutan dana untuk Umno dalam persediaannya menghadapi pilihan raya umum ke-10.
“Pendedahan terbaru ini akan menyebabkan rakyat lebih kenal wajah pemimpin Umno yang bermuka-muka,” tegas Ahli Parlimen Machang itu lagi.
Sementara itu, Naib Presiden, Tian Chua mendedahkan pertemuan sulit tersebut adalah untuk meyakinkan Soros bahawa Najib seorang yang mengambil pendekatan sederhana dalam pentadbiran.
“Kononnya negara (Malaysia) diancam kumpulan ekstrim dan (Najib) nak dapatkan sokongan (Soros). Adakah Utusan (Malaysia) dan media arus perdana diberitahu? Kemudian beranikah media ini menyerang mereka?” soal Tian.
“Mereka serang orang lain kononnya pengkhianat. Mereka menuduh orang lain tanpa asas. Sedangkan Dr Mahathir dan Najib menipu untuk mengekalkan kuasa,” tegas Ahli Parlimen Batu itu.
.
Seterusnya >>>

Tukar k’jaan jika tak mahu anak Mahathir bolot hasil minyak

KUALA LUMPUR 5 Oktober: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan Putrajaya perlu ditukar sekarang bagi mengelakkan hasil minyak dibolot keluarga pemimpin Umno.
“Ini kerana syarikat yang mengurus carigali telaga minyak sekarang ada dimiliki keluarga pemimpin-pemimpin Umno sahaja. Misalnya dua telaga minyak di perairan Kelantan dimiliki syarikat anak Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Di perairan Kelantan masih ada 23 lagi telaga minyak yang belum lagi beroperasi. Setiap telaga minyak dianggarkan bernilai kira-kira RM3 bilion. Jadi bagi mengelakkan telaga minyak tersebut dibolot keluarga pemimpin Umno, kerajaan yang ada di Putrajaya sekarang perlu ditukar,” katanya dipetik Harakah Daily.
Ahli Parlimen Machang itu berucap pada ceramah di Putik, Pengkalan Chepa malam tadi.
Saifuddin berkata, negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini berpeluang mengurus sendiri operasi minyak di perairan mereka melalui syarikat milik kerajaan negeri (GLC) di bawah komitmen baru Pakatan Rakyat.
Katanya, perancangan itu boleh menjadi kenyataan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.
Saifuddin pada perbahasan Bajet BN Selasa lalu mendedahkan, SapuraKenchana Petroleum dimiliki anak ketiga Mahathir, Datuk Mokhzani mendapat kontrak minyak sebanyak RM2 bilion.
Menurutnya, Armada Sdn Bhd milik Tan Sri Halim Saad turut diberi kontrak penyimpanan minyak dan gas bernilai RM8.5 bilion pada Isnin lalu.
Halim adalah salah seorang tokoh korporat Melayu yang rapat dengan Mahathir terutama pada era 90-an.
.
Seterusnya >>>

BN Jangan Lupa Khairy Pernah Guna Pesawat Persendirian Patrick Lim


KUALA LUMPUR, 2 OKT: Ahli Parlimen BN tidak perlu mempertikaikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaiki jet persendirian ke Sabah bulan lalu kerana beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam kerajaan.
Sebaliknya, BN diingatkan agar tidak lupa dengan pemimpin mereka, seperti MP Rembau Khairy Jamaluddin, yang pernah menaiki pesawat persendirian milik individu yang mempunyai kepentingan perniagaan.
Demikian menurut MP Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail ketika membahaskan Rang Undang-undang Pengurusan Strata 2012 di Dewan Rakyat hari ini.
“Anwar dia naik jet, dia tidak ada kuasa nak beri Permit Diluluskan (AP) kepada sesiapa sebab dia pembangkang. Tetapi BN jangan lupa (Ahli Parlimen) Rembau (Khairy Jamaluddin) dengan helikopter Patrick Lim.
“Ada juga 30 kakitangan menteri naik jet kononnya untuk menguruskan jenazah, okeylah, tetapi jenazahnya tak naik jet. Cuma naik penerbangan ehsan TUDM, yang naik jet adalah orang hidup,” kata Saifuddin.
Semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Khairy yang merupakan menantu Abdullah, pernah didakwa mempunyai pengaruh dalam keputusan yang dibuat kerajaan pusat ketika itu.
Ahli perniagaan terkenal, Patrick Lim ketika di era Abdullah, memperolehi banyak projek di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menerusi syarikat Equine Capital.
Ini termasuk pembangunan tanah Crescentia Park yang bernilai RM 800 juta dan pembangunan semula padang lumba kuda Pulau Pinang yang bernilai RM 25 bilion.
Saifuddin turut memberitahu Dewan Rakyat, selain Khairy, Menteri Besar Johor, Datuk Abd Ghani Othman juga pernah menggunakan jet yang disediakan oleh pemilik Danga Bay di Johor Bahru.
Selain Ghani, beliau berkata tindakan menggunakan pesawat persendirian dengan dibiayai individu tertentu turut melibatkan menteri lain dan ‘pemimpin simpanan’ Umno-BN.
Beliau juga menambah, tindakan pegawai kerajaan dan menteri kabinet menggunakan pesawat persendirian yang dibiayai oleh individu tertentu mampu mempengaruhi keputusan kerajaan yang membabitkan kepentingan individu tersebut.
.
Seterusnya >>>

Mahathir takutkan Melayu tapi bayar Zionis, pinjam Bank Dunia

KUALA LUMPUR 23 Sept: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad cuba menakutkan orang Melayu kononnya pembiaya asing mahu menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Sebaliknya katanya, rakyat tidak lupa bahawa Mahathir sendiri sanggup membayar AS$1.2 juta kepada pelobi zionis, Jack Abramoff bagi membantu beliau menemui bekas Presiden Amerika, George Bush sekitar tahun 1998.
“Malah Mahathir juga pernah memohon pinjaman USD404 juta daripada Bank Dunia semasa beliau menjadi Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara yang diumum pada Julai 1998.
“Maka tindakan Mahathir mengait nama Anwar dengan soros hanya taktik terdesak beliau yang bimbang Orang Melayu terus bersama Pakatan Rakyat dan menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya kepada Suara Keadilan.
Menurut majalah Newsweek, wang yang dikutip Abramoff dalam aktiviti melobinya disalur kepada penduduk Yahudi bagi melawan kebangkitan rakyat Palestin serta mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain pada 2006.
Mengulas lanjut, Saifudin berkata, dakwaan Mahathir bahawa pembiaya asing bertujuan menjatuhkan beliau dan menaikan Anwar juga silap kerana Anwar sehingga kini bukan PM.
“Selepas berundur, Mahathir melantik Abdullah Ahmad Badawi dan turut berperanan menaikan Datuk Seri Najib Razak sebagai PM, maknanya apa yang dikata Mahathir itu menunjukan Abdullah dan Najib ialah boneka beliau,” katanya.
Selain Utusan malaysia, akhbar perdana termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini mendakwa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan.
Laporan sama juga disiarkan di Buletin Utama TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk dari Open Society Foundation yang diasaskan George Soros, bertujuan menjatuhkan kerajaan.
George Soros sebelum ini digambarkan Mahathir sebagai penyangak mata wang yang menyebabkan krisis kewangan Asia pada 1997.
Bagaimanapun, Pada Disember 2006, Mahathir mengakui Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis tersebut dalam satu pertemuan dengan jutawan itu di Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, Saifuddin menyeru rakyat terutama orang Melayu mendapat maklumat dari sumber Pakatan Rakyat berhubung isu semasa yang tidak disiar media Umno BN.
.
Seterusnya >>>

Saifuddin sifatkan Pengerusi SPR penipu besar

KUALA LUMPUR, 22 Sept — PKR hari ini memanggil pengerusi suruhanjaya pilihan raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof “penipu besar” kerana telah membawa fakta yang salah dalam pendaftaran undi di Selangor.
Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau berdiri teguh dengan laporan audit partinya yang terkini, mengatakan ia bukan hanya untuk menafikan laporan SPR. “Dia (Abudl Aziz) boleh cakap apa sahaja alasan yang dia suka, tetapi saya tetap mengatakan laporan kita adalah tepat,” kata ahli parlimen Machang itu kepada The Malaysian Insider.
Pada sidang media hari ini, Abdul Aziz mendedahkan tentang terdapatnya unsur penipuan yang berlaku dalam audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor.
Pengerusi SPR itu berkata, penipuan dikesan sewaktu dijemput dalam sebuah program radio Bernama bersama-sama Saifuddin baru-baru ini.
“Gambar itu telah diubah,” kata Abdul Aziz kepada media, dengan menambah parti itu telah menipu dengan laporannya.
Abdul Aziz turut menunjukkan gambar-gambar hasil penyiasatan yang dilakukan oleh pasukan penyisat SPR Selangor ke Kampung Sungai Pusu yang menunjukkan 32 keluarga yang menetap di kampung tersebut menggunakan satu alamat yang terletak di pondok tersebut. Tetapi Saifuddin menafikan kenyataan pengerusi SPR tersebut mengambil gambar daripadanya untuk mengesahkan, semasa program tersebut, beliau hanya menunjukkan gambar tersebut dari iPadnya.
“Dalam hal ini, saya boleh katakan dia penipu besar,” kata Saifuddin. “Saya tunjuk gambar ini.
“Kecuali kalau daya ingatannya kuat, dia perlu untuk ke tempat yang sama dan buktikan dia salah.
“Saya akan pastikan bahawa alamat ini adalah pondok dan bukan tempat meletak motorsikal,” kata Saifuddin lagi.
Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat berkata mereka tidak akan mengadakan pilihan raya serentak dengan persekutuan kecuali bila SPR dapat membersihkan daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya akan datang.
Dalam statistik terbaru SPR digazet pada 16 Ogos yang dihantar kepada The Malaysian Insider, SPR merekodkan jumlah pemilih berdaftar seramai 13,052,374 orang di mana 12,778,127 orang adalah pengundi biasa dan 274,247 orang adalah pengundi tidak hadir yang terdiri daripada tentera, polis dan pengundi luar negara.
Selangor mempunyai pengundi luar negeri yang paling tinggi iaitu 597 orang manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai jumlah pengundi tidak hadir paling tinggi iaitu seramai 40,543 orang.
Seterusnya >>>

Kenapa tiada tindakan hina pemimpin Pakatan?- Saifuddin


SUNGAI PETANI 8 Sept: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempersoal sikap berat sebelah pihak berkuasa menangkap mereka yang didakwa menghina gambar perdana menteri.
Sebaliknya, katanya, pihak polis berdiam diri terhadap perbuatan menghina dan mengaibkan pimpinan Pakatan Rakyat.
“Jika Perdana Menteri (PM), Najib Tun Razak digelar pemimpin, apakah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan pemimpin.
“Bagaimana pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, bukankah ia juga seorang pemimpin.
“Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga adalah pemimpin. Jika gambar pemimpin BN diaibkan, spontan tindakan diambil. Jika mengaibkan pemimpin PR dibiarkan tanpa tindakan,” katanya ketika berucap dalam majlis Jamuan Makan Malam Merdeka Rakyat, Pasukan Khidmat DUN Bakar Arang, malam tadi.
Katanya lagi, Pakatan menegaskan tidak merestui perbuatan memijak gambar Perdana menteri. Bagaimanapun, katanya tiada tindakan serupa dikenakan terhadap penyokong Umno-BN yang menghina pemimpin pembangkang.
“Apakah sistem perundangan begini yang mahu diterima pakai dalam sebuah negara yang mendakwa mengamalkan demokrasi,” soalnya.


“Selagi BN menerajui kepimpinan negara, undang-undang ‘double standard’ akan menjadi amalan.
“Rakyat tidak akan mendapat keadilan. Mereka (pihak berkuasa) menangkap yang menentang BN (tetapi) bebaskan (mereka) yang mencelakakan PR,” tambahnya lagi.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlinen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Tan Show Kang dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.
Sebelum ini, pelbagai tindakan dilakukan penyokong Umno-BN termasuk proksinya, Perkasa yang berkelakuan samseng, menghina dan mengaibkan pemimpin pembangkang.
Antaranya pada 23 April 2012, sewaktu pelancaran gerakan ‘Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim’ (TIBAI) di Kelab Sultan Sulaiman, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali membuat aksi  ‘memukul’ gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan rotan.


Pada 10 Mei 2012, Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Risuan Asuddin bersama pengikutnya berkumpul depan rumah Ketua Menteri, Lim Guan Eng sambil membawa gambarnya berkalung bunga, melambangkan “kematiannya”,
Malah mereka turut memijak dan membaling poster Lim ke jalan raya sepanjang konvoi motosikal ke Komtar.
Pada April 2010, dalam kempen pilihan raya kecil di Hulu Selangor tiga penyokong Barisan Nasional (BN) kencing pada gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Beberapa veteran Umno juga pernah menunjukkan kemaluan dan kencing pada gambar Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil,
.
Seterusnya >>>

Tindas rakyat, Umno dan penjajah British tiada bezanya – Saifuddin


TANAH MERAH : Tidak ada bezanya penjajah dan pemerintah jika mereka menjadikan rakyat seperti hamba pada zaman penjajahan, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution
Mengambil semangat nasionalis Kelantan, Tok Janggut, beliau berkata, pejuang kemerdekaan itu sanggup mengorbankan dirinya untuk membela nasib rakyat ditindas akibat kenaikan jenis cukai yang dikenakan penjajah British.
Dalam konteks hari ini, katanya, rakyat perlu ‘ajar’ pemerintah iaitu melalui pilihan raya bagi menamatkan penyelewengan, penipuan dan penindasan kerajaan Umno BN.
“Tok Janggut dianggap pemberontak dan memulakan perjuangan panjang menuntut kemerdekaan. Dia dibunuh dan digantung secara terbalik di Padang Merdeka untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak melawan.
“Rakyat halau penjajah British bukannya untuk angkat penjajah baru. Apa beza pemerintah hari ini dengan penjajah dulu, kalau teruskan penindasan?
“Semangat Tok Janggut adalah isyarat supaya pemerintah jangan sekali-kali bebankan hidup rakyat,” katanya pada ceramah Merdeka Rakyat di padang Majlis Daerah Tanah Merah, malam tadi.
Memetik jawapan Parlimen, beliau menyifatkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mengamal pembaziran apabila kos bil elektrik Seri Perdana, Putrajaya berjumlah RM12 juta manakala bil air RM 1.9 juta setahun.
“Inilah isunya. Pembaziran dan salah guna,” katanya yang turut mengingatkan rakyat Kelantan supaya menuntut kembali hak royalti minyak di negeri itu.
.
Seterusnya >>>

Pakatan: BN guna '3 perangkap' kelirukan rakyat

Saifuddin Nasution Ismail

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) khususnya Umno menggunakan isu agama termasuk hukum hudud sebagai salah satu daripada tiga perangkap untuk mengelirukan rakyat dan menawan kembali sokongan terhadap perikatan itu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, antara perkara itu ialah isu-isu berkaitan raja-raja, agama dan perkauman.
"Hudud adalah contoh 'perangkap' yang diperkatakan kerana isu berkenaan adalah dalam kategori agama.
"Isu berkenaan dilihat sebagai satu titik akhir yang digunakan Umno untuk jejaskan sokongan rakyat terhadap PR," katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Majlis Pakatan Rakyat, di sini, hari ini.
Jelas beliau, dengan kepelbagaian saluran media yang ada ketika ini, rakyat tetap tahu kebenaran.
"Pandangan rakyat terhadap sesuatu isu juga sudah berubah dan melihat kepada tahap sokongan rakyat ketika ini kami yakin rakyat tetap bersama kami," katanya.
.
Seterusnya >>>

Polis patut siasat Aziz dan Wan Ahmad, bukan Saifuddin – Peguam


KUALA LUMPUR 6 Ogos: Polis patut menyiasat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Timbalannya, bukan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, kata Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.
“Saifuddin sebelum ini juga membuat laporan polis terhadap mereka berdua Mei lalu. Ada apa-apa tindakan? Tidak ada.  Kenapa hanya siasat ‘whistle blower’ (pemberi maklumat). Kenapa tak siasat dakwaan Saifuddin?” soal Latheefa.
Beliau mempertikai siasatan dwi standard polis terhadap Setiausaha Agung KEADILAN itu selaku pemberi maklumat tetapi tiada tindakan diambil ke atas Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Datuk Wan Ahmad Omar sebagai pihak yang didakwa.
Saifuddin dipanggil ke balai polis Putrajaya semalam untuk dirakam kenyataan berhubung pendedahannya pada 27 April lepas bahawa Abdul Aziz dan Wan Ahmad ialah ahli Umno.
Tegas Latheefa, polis hanya perlu menyiasat Saifuddin tanpa menggunakan Seksyen 500 Kanun Keseksaan, kononnya atas dakwaan fitnah jenayah.
“Kalau Wan Ahmad dimalukan, sepatutnya dia saman fitnah. Buat apa polis guna akta jenayah. Paling lawak, kenapa polis beria-ia sangat nak saman fitnah bagi pihak orang lain?” soal beliau lagi.
Tambahnya, polis begitu bersungguh menyiasat, sedangkan Saifuddin hanya mendakwa sama ada Wan Ahmad merupakan ahli Umno.
“Yang aneh, kenapa hanya Wan Ahmad sahaja yang membuat laporan polis. Kenapa Aziz tidak?” soal Latheefa lagi.
Sebelum ini, Saifuddin mendedahkan nombor keahlian Abdul Aziz ialah 113804 dan berdaftar di Cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dalam Parlimen Ampang, Selangor.
Manakala nombor keahlian Umno bagi Wan Ahmad pula ialah 2374564 dan beliau berdaftar dalam Cawangan Kubang Bunggor DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas di Kelantan.
.
Seterusnya >>>

Dakwa Wan Ahmad ahli Umno, polis siasat Saifudin


PETALING JAYA: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail disiasat oleh polis dari Balai Putrajaya hari ini ekoran dakwaan beliau Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah ahli Umno.


Beliau disiasat atas tuduhan fitnah jenayah kerana mendedahkan kononnya SPR tidak adil atau bias.

Turut serta bersama beliau adalah Latheefa Koya yang bertindak sebagai peguam dalam soal siasat tersebut.

"Polis tidak cukup sibuk," kata Saifudin dalam Twitternya ketika memaklumkan perkara tersebut.

Latheefa pula dalam Twitternya menulis, "Laporan polis dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad terhadap Saifudin kerana memberitahu media dia anggota Umno!"

Saifudin dalam kenyataannya mendakwa Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga adalah ahli Umno.

Dalam kenyataannya, Saifuddin menjelaskan nombor keahlian Abdul Aziz ialah 113804 dan berdaftar di Cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dalam Parlimen Ampang, Selangor.

Manakala nombor keahlian Umno bagi Wan Ahmad pula ialah 2374564 dan beliau berdaftar dalam Cawangan Kubang Bunggor DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas di Kelantan.

Namun, Wan Ahmad menafikan dakwaan yang kononnya beliau adalah ahli UMNO.

Beliau berkata, dakwaan itu adalah satu pembohongan dan fitnah yang berat bertujuan merosakkan nama dan integritinya sebagai Timbalan Pengerusi SPR.

"Perbuatan itu bermotifkan politik bertujuan untuk merosakkan kredibiliti SPR sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali. Dia (Saifuddin Nasution) perlu bertanggungjawab atas pembohongannya serta memohon maaf secara terbuka," katanya dalam satu kenyataan.

Wan Ahmad berkata, beliau juga tidak pernah mendaftar sebagai ahli Umno dan dakwaan itu sebenarnya berniat jahat untuk menjatuhkan maruahnya serta merosakkan kredibiliti SPR.


Bazir masa

Sementara itu, Lathefa Koya dalam Twitter mendakwa polis telah membazirkan waktunya yang amat berharga apabila membuat siasatan terhadap Saifudin.

Bagi beliau, polis sepatutnya menggunakan masa mereka untuk menyiasat dan menyelesaikan kes jenayah yang sebenar.

Ini kerana, masalah kejadian jenayah menjadi masalah sebenar rakyat negara ini apabila ia dilaporkan saban hari dalam media.

"Masa yang berharga dan sumber telah dihabiskan oleh polis untuk menghadapi jenayah.

"Kerajaan pula menghabiskan masa polis untuk menyiasat pemimpin pembangkang," tulis beliau dalam Twitternya.
.
Seterusnya >>>

Kenyataan Muhyiddin tanda Umno tidak yakin hadapi PRU13

Saifuddin Nasution Ismail

SHAH ALAM-  Kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) mendakwa wujud keadaan tidak menentu dalam Umno apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi cadangan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun ini.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri memberi saranan agar Najib memanggil PRU tahun ini walaupun adanya banyak perayaan mulai bulan depan hingga awal 2013.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, jelas keadaan dalam Umno sedang berkecamuk apabila tiga pemimpin utama parti seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan pendapat agar PRU tidak harus diadakan pada musim haji dan Muhyiddin pula mempunyai pendapat tersendiri.
“Pemimpin tertinggi Umno telah memberi pendapat mereka yang tersendiri namun, Najib terus diam seribu bahasa,” ulas beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Tambah beliau, ia jelas menunjukkan keadaan parti itu yang sedang berkecamuk dan mereka sendiri tidak yakin untuk mengadakan PRU dalam masa terdekat kerana tidak yakin akan meraih undi majoriti.
“Pada pendapat saya, keadaan mereka sudah tidak menentu apabila pemimpin tertinggi sendiri sudah tidak sependapat lagi.
“Saya tidak peduli sebarang mesej tersirat oleh Muhyiddin mendesak PM mengadakan PRU secepat mungkin tetapi mereka jelas sudah tidak sependapat lagi,” katanya.
Beliau turut yakin yang PRU akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang dan meletakkan sepenuh kepercayaan ke atas jentera pilihan raya PKR yang sudah bersiap sedia.
“Tetapi bagi PKR, kalau boleh, elakkanlah PRU diadakan pada musim perayaan. Enam bulan terakhir tahun ini kita berhadapan dengan perayaan utama, jadi elakkanlah,” kata beliau.
Pas turut melahirkan pandangan senada dengan PKR apabila Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali melahirkan pendapat yang sama dan merasakan yang pemimpin utama Barisan Nasional (BN) tidak sepakat dalam memilih tarikh PRU.
“Apabila Muhyiddin sendiri yang memberi saranan demikian, jelas yang beliau dan PM tidak sependapat,” katanya.
Beliau juga berkata yang saranan Muhyiddin ini merupakan satu mesej kepada parti supaya mereka bersiap sedia untuk menghadapi PRU yang akan datang.
“Saya tidak fikir yang Muhyiddin mendesak Najib. Tetapi cadangan ini lebih kepada mesej memberi peringatan kepada parti agar bersiap sedia kerana merasakan jentera Umno tidak cukup kuat lagi melakukan persiapan menghadapi PRU,” ujarnya.
Tambah beliau, mesej Muhyiddin ini cukup kuat dan lebih kepada seruan kepada jentera parti mereka sahaja.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw pula berkata, Muhyiddin hanya mengeluarkan pendapatnya sendiri dan menunjukkan keselesaannya mengadakan PRU13 tahun ini.
“Saya berpendapat yang Perdana Menteri perlu ambil kira semua aspek termasuk aspek ekonomi. Jika jejaskan ekonomi, ia turut akan jejaskan perasaan rakyat sebab itu PM tidak bersuara berhubung tarikh PRU,” kata Ahli Parlimen Kepong ini.
Beliau menambah, kenyataan Muhyiddin merupakan buah fikiran beliau dan ia harus dihormati.
“DAP sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi PRU13. Ini kerana scenario politik bukan hanya ditimbukan menjelang pilihan raya saja tetapi setiap hari.
“Tetapi kami mengharapkan agar perjalanan PRU13 nanti biarlah adil dan saksama. Jangan ada sebarang penyelewengan,” tegas beliau. 
.
Seterusnya >>>

Disiasat Bank Negara PKR Minta Awang Adek Beri Penjelasan


SHAH ALAM 30 JUN : PKR menuntut penjelasan daripada Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek Hussin berhubung dakwaan wujudnya penyiasatan terhadap salahlaku semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR meragui hubungan Awang Adek dengan seorang ahli perniagaan, Chung Hon Cheong yang menjadi pemilik serta pengarah kepada syarikat Sun Prestige Sdn Bhd dan syarikat Vertex United Sdn Bhd, berikutan beberapa transaksi kewangan yang membabitkan mereka berdua.
“Keraguan juga timbul berikutan terdapat fakta yang membuktikan beliau mempunyai hubungan dengan Sun Prestige Sdn Bhd, yang memperolehi kontrak mencetak nota RM2.00 sebanyak 100 juta keping dari BNM,” kata Saifuddin dalam kenyataan medianya.
Menurut Saifuddin beliau meminta Awang Adek memberikan penjelasan berhubung tindakan beliau pada 1999 yang menjual rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd pada harga RM550,000.00.
Turut dipersoalkan ialah tindakan Chung Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek ke Tokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999.
Dan kebenaran isteri Awang Adek membeli Honda Civic 1.6 menerusi Chung Hon Cheong dan benarkah beliau yang membayar ansuran bulanan sebanyak RM2122.00 sebulan,
“Ada banyak lagi maklumat mengenai pelbagai pembayaran insuran hartanah, pembayaran road tax, pembelian kereta, bayaran pengaturan permainan golf, pembayaran bil telefon yang membabitkan Awang Adek dengan Chung Hon Cheong.
“Kes-kes ini seolah-olah menunjukkan, wujudnya hubungan rapat bekas Penolong Gabenor BNM dengan syarikat yang memperolehi kontrak jutaan RM dari BNM,” kata Saifuddin.
Sehubungan itu, tegas Saifuddin pihaknya memberikan tempoh tiga minggu untuk Awang Adek menjelaskan segala dakwaan yang disenaraikan terhadap beliau.
Saifuddin juga mencabar Awang Adek untuk menafikan beliau mempunyai hubungan erat dengan individu dan syarikat terbabit.
“PKR akan mengemukakan langkah susulan dan mengemukakan bukti-bukti tambahan selepas penjelasan Awang Adek dibuat.
“Awang Adek tidak seharusnya hanya berani mencabar Kelantan dalam isu Dinar, jawab dahulu cabaran kami,” kata Saifuddin.
.
Seterusnya >>>

Murad ke Jerman mohon maaf pada Anwar – Saifuddin


PETALING JAYA 27 Jun: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid pernah memohon maaf secara terbuka di depan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik Ketua Pembangkang itu dibebaskan dari penjara pada 2004.
Beliau yang menjadi saksi kejadian itu berkata, Murad juga mengambil penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jerman untuk menemui Anwar yang ketika itu bakal dibedah untuk mendapatkan rawatan berkaitan tulang belakangnya.
“Pada penghujung 2004, Murad melakukan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Munich, Jerman dan menemui sendiri Anwar untuk memohon maaf.
“Malah Murad sendiri mengakui di hadapan Anwar bahawa beliau dipaksa dan ditekan oleh pimpinan tertinggi Umno membuat akuan bersumpah dengan menuduh kononnya Anwar memiliki ‘master account’ berjumlah RM3 bilion.
“Anwar dalam responnya meminta beliau (Murad) tampil untuk memperbaiki keadaan itu, namun Murad enggan dan beban tuduhan itu sehingga kini diletak kepada kami (KEDAILAN) walhal ianya adalah tuduhan dan fitnah semata-mata,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Saifuddin menegaskan, taktik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menyerang Anwar dan Pakatan Rakyat tidak akan jejaskan tumpuan mereka untuk mempromosikan agenda untuk rakyat.
“Kami akan teruskan agenda untuk rakyat bagi mempromosikan dasar pendidikan percuma, pemansuhan tol, pemberian permit teksi dan pelbagai lagi dasar pro rakyat,” kata Ahli Parlimen Machang itu lagi.
Anwar dirawat di Klinik Alpha di Munich, Jerman pada 2004 oleh Dr Thomas Hoogland, pakar tulang belakang yang berpengalaman melakukan 14,000 pembedahan tulang belakang sebelum itu.
.
Seterusnya >>>

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara diugut ejen BN


KUALA LUMPUR 20 Jun: Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid telah diugut untuk membuat akuan bersumpah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan RM3 bilion.
“Murad ini kita tahu, dua tiga hari lepas telah didatangi oleh ejen-ejen kerajaan, ugut dia lagi…Kita tahu nama pegawai ini, ugut dia jangan sesekali membuat kenyataan penafian.
“Walaupun dia (Murad) telah mengunjungi Permatang Pauh (Anwar) ketika menerima rawatan di Munich dan minta maaf kerana dia telah dipaksa, keluarganya diugut…Kita tahu semuanya. Tapi tak mengapa, teruskan permainan,” kata Saifuddin.
Beliau berkata demikian ketika memohon laluan semasa perbahasan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh di Parlimen hari ini.
“Saya minta izin kepada Permatang Pauh, terima kasih…Oleh kerana sebelah sana (Ahli Parlimen BN (MP BN)) tak berani bangun, maka saya bangun. Kerana ia cabaran terbuka,” katanya selepas MP BN gagal berdiri apabila dicabar Anwar membangkitkan isu tersebut.
“Saya berpendapat, kita harus tunggu cabaran daripada Pekan (Datuk Seri Najib Razak) dan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk kita dedahkan pula. Berani tak mereka membuat cabaran terbuka seperti ini? soal Saifuddin.
Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mencabar MP BN berdiri membangkitkan isu tuduhan kononnya beliau menyorokkan RM3 bilion.
Berikutan kegagalan kesemua MP BN menyambut cabaran Anwar itu menyebabkan Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN menyambung hujah menangkis tuduhan tersebut dengan membacakan pengakuan bersumpah bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris.
.
Seterusnya >>>