Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kenapa tiada tindakan hina pemimpin Pakatan?- Saifuddin


SUNGAI PETANI 8 Sept: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mempersoal sikap berat sebelah pihak berkuasa menangkap mereka yang didakwa menghina gambar perdana menteri.
Sebaliknya, katanya, pihak polis berdiam diri terhadap perbuatan menghina dan mengaibkan pimpinan Pakatan Rakyat.
“Jika Perdana Menteri (PM), Najib Tun Razak digelar pemimpin, apakah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukan pemimpin.
“Bagaimana pula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, bukankah ia juga seorang pemimpin.
“Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga adalah pemimpin. Jika gambar pemimpin BN diaibkan, spontan tindakan diambil. Jika mengaibkan pemimpin PR dibiarkan tanpa tindakan,” katanya ketika berucap dalam majlis Jamuan Makan Malam Merdeka Rakyat, Pasukan Khidmat DUN Bakar Arang, malam tadi.
Katanya lagi, Pakatan menegaskan tidak merestui perbuatan memijak gambar Perdana menteri. Bagaimanapun, katanya tiada tindakan serupa dikenakan terhadap penyokong Umno-BN yang menghina pemimpin pembangkang.
“Apakah sistem perundangan begini yang mahu diterima pakai dalam sebuah negara yang mendakwa mengamalkan demokrasi,” soalnya.


“Selagi BN menerajui kepimpinan negara, undang-undang ‘double standard’ akan menjadi amalan.
“Rakyat tidak akan mendapat keadilan. Mereka (pihak berkuasa) menangkap yang menentang BN (tetapi) bebaskan (mereka) yang mencelakakan PR,” tambahnya lagi.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ahli Parlinen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Tan Show Kang dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.
Sebelum ini, pelbagai tindakan dilakukan penyokong Umno-BN termasuk proksinya, Perkasa yang berkelakuan samseng, menghina dan mengaibkan pemimpin pembangkang.
Antaranya pada 23 April 2012, sewaktu pelancaran gerakan ‘Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim’ (TIBAI) di Kelab Sultan Sulaiman, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali membuat aksi  ‘memukul’ gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan rotan.


Pada 10 Mei 2012, Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Risuan Asuddin bersama pengikutnya berkumpul depan rumah Ketua Menteri, Lim Guan Eng sambil membawa gambarnya berkalung bunga, melambangkan “kematiannya”,
Malah mereka turut memijak dan membaling poster Lim ke jalan raya sepanjang konvoi motosikal ke Komtar.
Pada April 2010, dalam kempen pilihan raya kecil di Hulu Selangor tiga penyokong Barisan Nasional (BN) kencing pada gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Beberapa veteran Umno juga pernah menunjukkan kemaluan dan kencing pada gambar Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil,
.

0 Komen pengunjong :