SUARAM mengutuk kenyataan Timbalan Keua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, bahawa kekacauan boleh dielakkan dengan mengadakan sekatan untuk menghalang rakyat berhimpun apabila dia menggunakan contoh insiden yang berlaku di ibu negara England, London di mana rakyat tersebut mengadakan protes pada masa kini.
Timbalan KPN tidak boleh mengaitkan protes rusuhan di England sama dengan perhimpunan aman yang dijalankan oleh masyarakat di negara ini terutama perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
Malahan, Khalid berasa bangga dengan tindakan polis terhadap perserta pada perhimpunan Bersih 2.0. Perlembagaan persekutuan artikel ke-10 dan juga Universal Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 artikel ke-20 menjaminkan hak rakyat untuk berhimpun secara bebas.
Secara menyeluruh, kebanyakan perhimpunan yang diadakan di negara adalah bersifat aman dan kita membantah segala protes yang bersifat ganas.
Kami menyeru timbalan KPN jangan memburukkan perhimpunan rakyat terutama perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan pada 9hb Julai dengan membuat kenyataan tersebut.
Kami ingin menekankan sekali lagi bahawa perhimpuan aman adalah salah satu cara rakyat menyuarakan pendapat dan ketidakpuasan terhadap kerajaan pemerintahan dalam sebuah negara bersistem demokratik dan kerajaan tidak sepatutnya menyekatkan hak rakyat untuk berhimpun.
Sebaliknya, perhimpuanan aman di negara selalu diganggu atau dihalang oleh polis, antara contohnya dalam laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) terhadap insiden Kesas Highway pada tahun 2001 telah menyatakan bahawa polis tidak memberi masa mencukupi untuk menyuraikan peserta.
Dalam laporan SUHAKAM terhadap perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Kuala Lumpur pada 28hb Mei 2006,juga menyatakan polis menggunakan keganasan untuk menyuraikan perserta dan beberapa anggota polis yang terlibat berkemungkinan boleh dituduh bawah Akta Kanun Keseksaan.
Namum demikian, pihak polis masih menggunakan cara yang sama terhadap para peserta yang menyertai perhimpunan termasuk perhimpunan Bersih 2.0 dengan menggunakan pemedih mata, pacutan air berasid dan penangkapan besar-besaran terhadap peserta yang tidak mengganggu keamanan.
Walaupun Menteri Dalam Negeri, Hishammudin Hussein pernah menyatakan untuk mengubal Akta Polis seksyen 27 pada bulan Ogos tahun 2009, namun sehingga hari ini kenyataan tersebut hanya satu kenyataan kosong saja.
Oleh itu, kami menuntut kerajaan segera mengubalkan Akta Polis (1967) terutama Seksyen 27,27A dan 27B disebabkan akta ini telah memberi kuasa yang tinggi kepada pihak polis untuk menentukan perhimpuannyang boleh diadakan.
Kerajaan perlu segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Salahlaku dan Aduan Polis (IPCMC) untuk memantau dan menambahbaikkan institusi polis untuk mengelakkan isu penindasan hak asasi manusia diteruskan.
0 Komen pengunjong :