Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Isu Ketuanan Melayu Dipolemik Apabila Umno Tergugat





SHAH ALAM 9 DIS - Isu 'Ketuanan Melayu' telah dipolemikkan dengan begitu dahsyat sekali setelah Umno gagal menjaga hak dan kepentingan orang Melayu walaupun negara sudah 53 tahun mencapai kemerdekaan.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika dihubungi TV Selangor berkata banyak perkara yang dilakukan oleh pemimpin Umno telah  menunjukkan orang Melayu jauh ketinggalan kebelakangan daripada bangsa-bangsa yang lain maka hari ini peranannya dipertikaikan.

"Saya ingin tegaskan, PKR dan Pakatan Rakyat tidak menolak institusi Raja-Raja Melayu yang mana peranannya sebagai raja berpelembagaan seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Ini selaras dengan permuafakatan bersama yang telah ditandatangani oleh ketiga-tiga pemimpin parti iaitu Lim Kit Siang (DAP), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR),"katanya.

Ujarnya, ketiga-ketiga pemimpin utama di dalam PR telah bermuafakat yang mana mereka telah menandatangani satu perfahaman atau piagam bersama bagi menjaga hal-hal yang berkaitan dengan Hak Keistimewaan Orang Melayu di bawah Artikel 152 dan juga institusi raja-raja Melayu yang dipertahankan di negeri-negeri serta di peringkat persekutuan.

"Pada saya, tidak timbul soal memperlekehkan kedudukan raja-raja Melayu. Kita perlu ingat dan rakyat juga perlu memahami bahawa sebenarnya, yang bersungguh-sungguh cuba menghapuskan kekebalan dan imuniti Raja-Raja Melayu adalah pada zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kononnya, ingin mempertahankan Melayu tetapi merekalah yang daripada awal dan secara konsisten menyerang institusi tersebut dengan pelbagai alasan.

"Kalau tidak percaya...kita minta mereka rujuk hansard Parlimen pada tahun 1993 di mana isu kekebalan dan imuniti raja-raja dibahaskan dan pemimpin Umno pada ketika itu dengan lantang mengkritik Raja-Raja Melayu secara terbuka," ujarnya.

Justeru, Shamsul dalam nada yang kesal berkata tindakan pemimpin Umno itu telah memberikan imej buruk terhadap institusi itu di kaca mata masyarakat majmuk yang terdiri daripada bangsa Cina, India dan pelbagai lagi kaum yang lain.

Tambah beliau, semenjak PKR, PAS dan DAP ditubuhkan, tidak pernah sekali PR membahaskan dengan tujuan menghina atau mengkritik institusi raja-raja Melayu.

Shamsul mengulas isu tersebut, selepas media pro Umno berkali-kali mengeluarkan artikel ucapan Raja-Raja Melayu berhubung isu ketuanan Melayu.

Semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam titahnya, ketuanan Melayu merujuk kepada kedaulatan di negeri Melayu dengan kedudukan Raja sebagai puncak kerajaan negeri Melayu.

0 Komen pengunjong :