Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Siasat Penghinaan Terhadap Pemimpin Pakatan Juga


PETALING JAYA, 4 SEPT : Polis harus bersikap adil dalam siasatannya terhadap tindakan manghina pemimpin negara dengan menyiasat semua kes tidak kira Umno-BN atau Pakatan Rakyat.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihak berkuasa perlu menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan tidak hanya mementingkan pemimpin Umno-BN.
Katanya, beberapa pemimpin Pakatan dan NGO pernah dihina dengan gambar mereka dipijak, dikoyak dan dibakar oleh pihak tertentu yang tidak bersetuju dengan pendirian mereka.
“Hari ini dengarnya polis sebut nak tubuh pasukan khas.
“Saya nak cabar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin tubuhkan pasukan khas untuk menyiasat semua sekali yang menghina pemimpin sama ada dalam kerajaan ataupun pembangkang.
“Adalah satu perkara yang tidak adil untuk sekadar buat satu siasatan nak jaga Perdana Menteri tetapi boleh menghina pemimpin-pemimpin yang lain. Ini tidak betul,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.
Pasukan itu dilaporkan akan menyiasat tindakan beberapa individu yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pada himpunan “Janji Demokrasi” di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 30 Ogos.
Pada 1 September, bas ceramah Pakatan disimbah cat merah ketika program siri jelajah Merdeka Pakatan di Kota Baru.
Pada bulan Mei lalu, sekumpulan penyokong persatuan pro-ketuanan Melayu Perkasa, melakukan perkara yang sama terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Pada bulan Jun pula, sekumpulan aktivis pesara tentera melakukan senaman punggung di depan rumah pengerusi jawatankuasa gerakan Bersih Datuk Ambiga Sreenivasan.
Dalam ketiga-tiga kes pemimpin Pakatan, pihak berkuasa tidak memberi sebarang respons tentang tindakan yang mereka akan ambil melainkan sekadar “menerima laporan polis”.
Shamsul Iskandar berkata, AMK tidak terlibat dan tidak mengetahui pihak yang terlibat dalam insiden pada ambang kemerdekaan itu.
Bagaimanapun, katanya, AMK turut sedia membantu bagi mengesan individu atau pihak yang terlibat itu.
“Saya tidak kenal tetapi saya dah minta pihak AMK Wilayah Persekutuan untuk menyiasat dan mencari mereka yang terlibat.
“Kita juga nak bantu tentang kes pijak gambar Perdana Menteri dan isteri ini.”
.

0 Komen pengunjong :