Lelaki Bersenjata Kerambit Dikesan Cuba Dekati Anwar


PETALING JAYA 4 SEPT: Seorang lelaki yang membawa sebilah kerambit dalam saku jaketnya dikesan cuba memasuki ke dalam satu majlis ilmu di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika kejadian tersebut, bekalan elektrik di masjid di Alor Star, Kedah itu diputuskan oleh kumpulan yang didakwa ahli Pertubuhan Perkasa Peribumi (Perkasa).
Pada ketika itu, keadaan di perkarangan masjid itu agak huru-hara dengan kehadiran sekumpulan kira-kira 50 orang ahli Perkasa dengan mencetuskan keadaan huru-hara di kawasan rumah ibadat umat Islam itu.

Menurut saksi kejadian, Penyelaras Politik di Pejabat Ketua Umum PKR, Abd Rahman Yusof gerak-geri lelaki itu seolah-olah cuba mara ke dalam masjid untuk mendekati Anwar apabila bekalan elektrik masjid itu diputuskan oleh ahli pertubuhan ektrimis Melayu itu.
Bagaimanapun lelaki tersebut dipercayai tidak meneruskan niatnya untuk mendekati Anwar apabila lampu kecemasan di Masjid itu menyala secara automatik sebaik sahaja bekalan elektrik terputus.
“Saya perasan lelaki yang berdiri bersama ahli Perkasa lain di pintu masjid dengan membawa kerambit apabila hulu kerambit tersebut terkeluar dengan jelas dari poket sebelah atas jaket yang dipakainya.
“Lelaki itu juga sekali-sekala meletakkan tangannya di bahagian poket seolah-oleh bersedia untuk mengeluarkan kerambit itu dari poket bajunya,” kata beliau.
Menurut Abd Rahman, apabila menyedari tindak-tanduk mencurigakan lelaki tersebut, beliau bersiap-sedia untuk meluru ke arah lelaki tersebut sekiranya beliau cuba mendekati Anwar.
Menurut Abd Rahman yang juga merupakan Ahli Kepimpinan Tertinggi PKR ketika ditemui selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, beliau akan membuat laporan polis dalam jangkamasa terdekat.
Sebelum itu, dalam sidang media yang sama, satu tayangan video telah dipertontonkan kepada para wartawan membuktikan tiada sebarang tindakan provokasi terhadap Perkasa oleh para jemaah yang mengikuti tazkirah di Masjid Al-Hussain itu.
Selain itu, tazkirah yang disampaikan oleh Anwar juga langsung tidak menyentuh isu-isu berkaitan politik melainkan perkara yang menyentuh ajaran agama Islam semata-mata.
Bagaimanapun, kehadiran Anwar di masjid tersebut untuk sembahyang berjemaah bersama masyarakat setempat dan menyampaikan tazkirah telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan ahli dan penyokong pertubuhan Perkasa.
.

1 comment :

  1. boleh pegi mampus lah... asyik nyawa terancam jer..
    penipu punya manusia...

    ReplyDelete