Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Rasuah media, Najib pemimpin tiada etika – Tian Chua


KUALA LUMPUR 4 September: Umno BN bukan sahaja terkenal dengan isu rasuah di Malaysia, malah meneruskan budaya itu di luar negara apabila kerajaan mengupah penulis Israel untuk memulih imej Perdana Menteri, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
“Perkara ini sangat memalukan. (Datuk Seri) Najib (Razak) tak ada etika. Jangan pura-pura tak tahu,” katanya merujuk isu bayaran RM82.6 juta kepada FBC Media oleh kerajaan Malaysia bagi melakukan kempen perhubungan awam dengan lapan liputan berita positif.
Keadilan Daily sebelum ini melaporkan, Joshua Trevino, perunding media yang rapat dengan FBC Media, dipecat dari jawatan kolumnis akhbar Britain, The Guardians.
“Najib punca Joshua Trevino dipecat. Kesalahan itu bukan sahaja bertentangan dengan etika kewartawanan, malah menyalahi undang-undang.
“Dalam hal ini, Najib yang mendorong orang lain melakukan kesalahan. Sampai hari ini, beliau masih membisu,” kata Tian ketika dihubungi.
Kontrak Malaysia dengan FBC Media bermula 2007 tamat tahun lalu, selepas terdedah berikutan kekerapan pemimpin kerajaan Malaysia di program berkenaan.
Selepas pembongkaran, Najib memberi alasan FBC Media membantu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan semasa.
Tian turut membidas tindakan kerajaan mengguna perunding asing kerana mengenepikan peranan kakitangan awam di pelbagai kementerian, seolah-olah tidak berfungsi.
“Wang yang digunakan untuk membayar perunding asing itu adalah dari rakyat Malaysia. Kita berhak persoalkan,” tegas Ahli Parlimen Batu itu lagi.
Pada Oktober tahun lalu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang juga Naib Presiden KEADILAN mendedahkan di Parlimen bahawa FBC Media menerima 19.6 juta Euro (RM94 juta) daripada kerajaan Malaysia kononnya untuk mengukuhkan imej Malaysia sebagai negara Islam yang berjaya.
.

0 Komen pengunjong :