Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tangguh bicara kes Altantuya, BN takut kalah PRU 13

KUALA LUMPUR 5 November: Penangguhan perbicaraan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu bermotif politik dan mahu mengelak kekalahan Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Shamsul Iskandar Md Akin mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang menetapkan tarikh perbicaraan baru kes itu pada 14 Disember ini atas alasan pihak pendakwa dan peguam pembela ‘memerlukan masa lebih panjang meneliti beberapa isu rumit dalam rayuan’.

“Orang yang paling bimbang jika perbicaraan diteruskan dalam keadaan PRU kian hampir ialah Datuk Seri Najib Razak. Sebab itu saya yakin wujudnya campur tangan politik atas penangguhan kes ini.
“Najib juga takut jika dalam perbicaraan itu ada fakta baru mengaitkannya, maka ia pasti menjejaskan sokongan rakyat terhadap beliau, malah Umno BN lebih mudah tersungkur pada PRU kali ini,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) ketika dihubungi.
Beliau turut mengecam sikap membisu Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif berhubung kes itu.
“Bukankah Arifin sendiri pada 1 November lalu mengingatkan agar sesuatu kes perlu diputus tidak melebihi empat minggu, manakala alasan penghakiman harus disedia dalam masa lapan minggu daripada tarikh rayuan difailkan,” soalnya.
Ekoran itu, Shamsul memohon institusi kehakiman negara mempercepat kes tersebut kerana terlalu lama tertangguh, dan mengheret sesiapa yang terlibat termasuk pemegang jawatan tertinggi dalam kerajaan ke muka pengadilan.

0 Komen pengunjong :