SHAH ALAM 1 MAC: Serangan polis ke atas kubu kumpulan penceroboh dari
selatan Filipina hari ini dipercayai bermotifkan politik dengan cubaan
Kerajaan Umno-BN melenyapkan pendedahan P. Balasubramaniam berkenaan
misteri pembunuhan Altatunya.
Menurut Ketua Angkatan Muda PKR Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin,
tanggapan rakyat akan ke arah ini kerana Kerajaan Pusat seharusnya tidak
membenarkan perkara ini berlanjutan jika tindakan diambil daripada
awal.
“Kerajaan Umno-BN tidak boleh menyalahkan rakyat dengan persepsi ini,
kelemahan ketara dalam kabinet apabila Menteri Luar, Datuk Anifah Aman
gagal menggunakan saluran diplomatik menyelesaikan isu ini sehingga
mengancam keselamatan rakyat Sabah.
“Dan rakyat berhak menyatakan tindakan serangan ini sebagai sesuatu
yang dirancang ditengah-tengah kehangatan manifesto Pakatan Rakyat dan
kepulangan penyiasat persendirian Bala yang mahu mendedahkan siapa
sebenarnya terlibat dalam pembunuhan wanita Monggolia Altantuya
Shariibu,” kata Iskandar.
Tambahnya, tidak timbul ia berlaku secara kebetulan atau tidak, masa
yang diambil terlalu lama dan kesan akibat serangan ini amat besar
terhadap rakyat Sabah khususnya yang ada kaitan kuat dengan Kesultan
Sulu.
“Kini rakyat cemas, saya dimaklumkan pada ketika ini beberapa sekatan
polis berlaku di daerah Papar terhadap penduduk yang ada pertalian
darah tadi. Perkara ini tidak baik untuk negara.
“Saya sanjung tinggi usaha polis menjaga keamanan, tetapi saya tidak
dapat lari daripada berasa simpati dan bersedih dengan kematian yang
berlaku. Dan saya ingin tegaskan sekali lagi Kerajaan Pusat terutama
Menteri Dalam Negeri perlu bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan,”
katanya.
Hari ini menurut laporan Bernama, dua komando polis Malaysia terbunuh
setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu
kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
0 Komen pengunjong :