Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Adun Umno Nak Masuk PAS ?? Jangan Pisang Berbuah Dua Kali

Dato' Syed Sobri Syed Hashim ADUN Kuala Nerang yang dihebohkan sebagai wakil rakyat UMNO Kedah yang bakal menyertai PAS dikatakan begitu kecewa dan kesal dengan sikap pemimpin UMNO negeri itu yang tidak memberikan perhatian di atas kemelut yang sedang dihadapinya.

Syed Sobri yang kini menyisihkan dirinya dikatakan juga sedang berjinak-jinak untuk menyertai PAS walaupun telah dipujuk oleh sahabat handai supaya beliau tidak meneruskan niatnya itu. Menurut sumber daripada orang yang terdekat dengannya memberitahu, Syed Sobri akan tetap dengan pendiriannya.

Difahamkan Dato' Seri Azizan Menteri Besar Kedah tidak menjadi halangan besar untuk menerima penyertaan Dato' Syed Sobri di dalam parti itu

Syed Sobri Syed Hashim dijangka akan mengumumkan penyertaannya itu sehari dua ini. Jika terjadi ia merupakan kegagalan UMNO negeri Kedah yang dipimpin oleh Dato' Seri Shafie Apdal.


Kembara Jr ..... Masih ingat tak dulu,  Adun Umno dari Bota Perak masuk PKR tak sampai 2 hari ???? Aku tak dapat melupakan sejarah ini. Pandai sunggoh Adun ini berlakun yang mana skripnya sememangnya sudah siap dari awal. Terpegun dan tak terkata ahli-ahli PKR seketika dibuatnya  kerana mengingatkan dia masuk PKR seikhlas hati.

Sebagai peringatan, Ustaz Azizan kenalah berhati-hati, walaupun tak baik burok sangka kepada orang tetapi harus waspada juga. Tambah lagi dengan Kedah masih lagi dalam keadaan tertekan kerana kerja-kerja puak Umno ni. Jika benar-benar iklas dia nak masuk PAS, alhamdulillah. Kita pun harap-harap begitu. Moga-moga pisang tak berbuah dua kali.............

..... Lawannn.....Tetappp.....Lawannnn

0 Komen pengunjong :