Gagal dapat pingat Shabery perlu letak jawatan


Timbalan Presiden Lumba Basikal Kebangsaan Naim Ahmad telah mengambil tanggungjawab atas kegagalan pelumba negara dalam mendapat sebarang pingat di Sukan Olimpik London. Dalam kenyataannya kepada media beliau berkata sedia untuk berundur dan memberi peluang kepada orang lain untuk memimpin persatuan berkenaan. Bagus.
Tindakan Naim itu dikira tepat dan bertanggungjawab. Sewajarnya selaku pemimpin beliau mengambil keputusan itu apabila anak buah yang dipimpinnya gagal membawa sebarang hasil. Tidak ada guna satu sen mana-mana pemimpin yang gagal membawa hasil kepada negara terus duduk tercokol di kerusi utama mana-mana persatuan sukan. Ia menghabiskan wang dan beras negara sahaja.

Apa yang dilakukan Naim itu patut dicontohi oleh pemimpin persatuan sukan lain seperti bola sepak, badminton dan sebagainya. Setengah pemimpin sukan negara ini bijak berdolak dalih untuk menjustifikasikan kegagalan anak buah masing-masing. Raja Gobal dan Nazmin Salleh tidak perlu lagi terus menjadi pemimpin bola sepak dan badminton kerana ia ternyata tidak memberi hasil kepada negara.

Biarlah orang lain pula mendapat peluang untuk membangunkan sukan berkenaan.

Raja Gobal setiap kali pasukan bimbingannya kalah ada-ada sahaja hujah yang diberikan dan tidak pernah menyalahkan dirinya sendiri yang pandir dalam membimbing bola sepak. Beliau seolah tidak mempunyai sedikit pun kesalahan dan kesilapan. Untuk tunggu berapa ratus kali kalah baru hendak salahkan diri sendiri. Cubalah letak maruah negara lebih tinggi daripada keperluan peribadi.

Begitu juga dengan pemimpin persatuan badminton Malaysia. Tidak ada usaha dan idea lain untuk memajukan suka berkenaan. Berapa lama lagi BAM hendak mengharapkan kepada Lee Chong Wei. Benar kata Jalani dan Razif Sidek BAM tidak boleh mengharapkan kepada Chong Wei untuk mendapat kemenangan kepada negara.

BAM harus mula mencari bakat-bakat baru dan tidak hanya melambakkan wang untuk Chong Wei sahaja.

Bercakap mengenai tanggungjawab para pemimpin dan presiden persatuan sukan, tindakan sama juga patut diambil oleh Menteri Belia dan Sukan. Ahmad Shabery Cheek perlu merasa malu muka atas kegagalan atlit negara mendapat pingat emas. Bukan itu sahaja kegagalan pasukan sukan menunjukkan prestasi perlu dipikul oleh beliau.

Shabery tidak boleh menunding jari kepada mana-mana pihak. Orang paling utama kena bertanggungjaswab atas kegagalan atlit Malaysia ialah beliau sendiri. Kemajuan sukan di negara ini tertanggung di atas batu jemalanya.

Eloklah kalau Shabery hendak berundur... lebih molek lagi sebelum pilihan raya umum ini. Khabarnya kedudukan dan prestasi Shabery sendiri di Kemaman tidak berapa memberangsangkan. Beliau khabarnya lebih banyak menumpukan kepada golf.. sehinggakan balik ke kawasan pun bawa kayu golf.

Beliau perlu sedar kalau beliau yang bukan mengambil tanggungjawab itu, lepas jawatan kerana atlit kita gagal, macam mana kita mengharapkan presiden atau pemimpin sukan hendak lepas jawatan. Mereka juga nanti akan memberi alasan macam mana mereka hendak letak jawatan, menteri juga enggan berbuat demikian. 

-/ http://msomelayu.blogspot.com
.

2 comments :

  1. menteri letak jawatan? ini mustahil berlaku di malaysia.

    ReplyDelete
  2. siapa yang tak pernah tengok buih2 di laut boleh tengok muka mamat ni bila dia berucap panjang.undang2 dan peraturan debat pun tak faham inikan pulak nak letak jawatan,silap hari bulan dia tanya pulak "apa itu latak jawatan"nasi lemak dalam tin ke?

    ReplyDelete