PETALING
JAYA: Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin membidas
kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan tema hari
ulang tahun kemerdekaan ke -55, Janji Ditepati.
“Ini pembohongan paling besar Najib dalam bulan Ramadan.
“Ini tanda-tanda orang yang cukup terdesak,” kata Nizar yang juga
ahli parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang merangkap Timbalan
Pesuruhjaya PAS Perak.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Najib bahawa tema
hari kemerdekaan, Janji Ditepati ialah berdasarkan keperluan agama Islam
dan bukannya retorik politik.
“Tema tersebut berdasarkan prinsip agama. Kita berjuang untuk menepati janji kepada rakyat.
Menurut beliau tema tersebut ialah bukti kerajaan BN dibimbing al Quran dan Sunnah ketika berkhidmat untuk rakyat.
“Kita akan menunaikan janji agar rakyat yakin. Kita mahu membuktikan
negara ini ialah model negara Islam contoh,” kata Najib yang menambah
bahawa kegagalan menepati janji akan menyebabkan rakyat melihat BN
sebagai hipokrit.
Nizar menjelaskan bahawa Najib telah menyalah petik konteks hadis.
“Ini tidak menunjukkan sama sekali bahawa tindakannya selaras dengan As Sunnah,” kata Nizar.
Tema Umno
Sementara itu, Naib Ketua Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Mahfodz
Mohamed menegaskan tema hari kemerdekaan ke – 55, Janji Ditepati ialah
tema untuk Umno semata-mata.
“Tema itu tema Umno – BN. Ia sudah dijaja di seluruh negara.
“Justeru itu, tema itu untuk orang Umno sahaja bukan untuk rakyat
Malaysia,” kata Mahfodz yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Johor dan
ahli Majlis Syura PAS Pusat.
Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada kempen Janji Ditepati oleh BN di seluruh negara.
Mahfodz turut mendakwa Najib tidak menepati janji.
“Beliau kata nak banteras rasuah tapi perasuah besar tidak diambil
tindakan,” kata Mahfodz dengan merujuk kepada kes pengerusi Felda, Tan
Sri Isa Samad yang juga Adun Bagan Lalang.
Isa yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan didapati
bersalah kerana mengamalkan politik wang di dalam pemilihan naib
presiden Umno semasa perhimpunan agung Umno 2004.
Isa digantung jawatan tetapi tiada tindakan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atas alasan ia isu parti.
Mahfodz menambah bahawa dalam Islam orang yang berjanji tanpa menepatinya dianggap munafik.
.
cakap orang pengecut macam tu lah gayanya,cuma berani bercakap di pentas2 yg mmg di sediakan utk kedatangan si munafik tu,ajak debat mcm2 lah alasan,tak payah buka hadis apa pun pada dia sebab dia mmg buta ttg islam,buat perabih duit kapal selam je.
ReplyDelete