Timbalan
Presiden Lumba Basikal Kebangsaan Naim Ahmad telah mengambil
tanggungjawab atas kegagalan pelumba negara dalam mendapat sebarang
pingat di Sukan Olimpik London. Dalam kenyataannya kepada media beliau
berkata sedia untuk berundur dan memberi peluang kepada orang lain untuk
memimpin persatuan berkenaan. Bagus.
Tindakan Naim itu dikira tepat dan bertanggungjawab. Sewajarnya
selaku pemimpin beliau mengambil keputusan itu apabila anak buah yang
dipimpinnya gagal membawa sebarang hasil. Tidak ada guna satu sen
mana-mana pemimpin yang gagal membawa hasil kepada negara terus duduk
tercokol di kerusi utama mana-mana persatuan sukan. Ia menghabiskan wang
dan beras negara sahaja.
Apa yang dilakukan Naim itu patut dicontohi oleh pemimpin persatuan
sukan lain seperti bola sepak, badminton dan sebagainya. Setengah
pemimpin sukan negara ini bijak berdolak dalih untuk menjustifikasikan
kegagalan anak buah masing-masing. Raja Gobal dan Nazmin Salleh tidak
perlu lagi terus menjadi pemimpin bola sepak dan badminton kerana ia
ternyata tidak memberi hasil kepada negara.
Biarlah orang lain pula mendapat peluang untuk membangunkan sukan berkenaan.
Raja Gobal setiap kali pasukan bimbingannya kalah ada-ada sahaja
hujah yang diberikan dan tidak pernah menyalahkan dirinya sendiri yang
pandir dalam membimbing bola sepak. Beliau seolah tidak mempunyai
sedikit pun kesalahan dan kesilapan. Untuk tunggu berapa ratus kali
kalah baru hendak salahkan diri sendiri. Cubalah letak maruah negara
lebih tinggi daripada keperluan peribadi.
Begitu juga dengan pemimpin persatuan badminton Malaysia. Tidak ada
usaha dan idea lain untuk memajukan suka berkenaan. Berapa lama lagi BAM
hendak mengharapkan kepada Lee Chong Wei. Benar kata Jalani dan Razif
Sidek BAM tidak boleh mengharapkan kepada Chong Wei untuk mendapat
kemenangan kepada negara.
BAM harus mula mencari bakat-bakat baru dan tidak hanya melambakkan wang untuk Chong Wei sahaja.
Bercakap mengenai tanggungjawab para pemimpin dan presiden persatuan
sukan, tindakan sama juga patut diambil oleh Menteri Belia dan Sukan.
Ahmad Shabery Cheek perlu merasa malu muka atas kegagalan atlit negara
mendapat pingat emas. Bukan itu sahaja kegagalan pasukan sukan
menunjukkan prestasi perlu dipikul oleh beliau.
Shabery tidak boleh menunding jari kepada mana-mana pihak. Orang
paling utama kena bertanggungjaswab atas kegagalan atlit Malaysia ialah
beliau sendiri. Kemajuan sukan di negara ini tertanggung di atas batu
jemalanya.
Eloklah kalau Shabery hendak berundur... lebih molek lagi sebelum
pilihan raya umum ini. Khabarnya kedudukan dan prestasi Shabery sendiri
di Kemaman tidak berapa memberangsangkan. Beliau khabarnya lebih banyak
menumpukan kepada golf.. sehinggakan balik ke kawasan pun bawa kayu
golf.
Beliau perlu sedar kalau beliau yang bukan mengambil tanggungjawab
itu, lepas jawatan kerana atlit kita gagal, macam mana kita mengharapkan
presiden atau pemimpin sukan hendak lepas jawatan. Mereka juga nanti
akan memberi alasan macam mana mereka hendak letak jawatan, menteri juga
enggan berbuat demikian.
-/ http://msomelayu.blogspot.com
.
menteri letak jawatan? ini mustahil berlaku di malaysia.
ReplyDeletesiapa yang tak pernah tengok buih2 di laut boleh tengok muka mamat ni bila dia berucap panjang.undang2 dan peraturan debat pun tak faham inikan pulak nak letak jawatan,silap hari bulan dia tanya pulak "apa itu latak jawatan"nasi lemak dalam tin ke?
ReplyDelete