Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Anwar tak mahu campur, serah Nurul buat keputusan terbaik

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak spekulasi nepotisme dalam PKR dengan menegaskan, beliau menyerahkan kepada anaknya sama ada mahu bertanding jawatan timbalan presiden ataupun sebaliknya.
Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, sama ada beliau ataupun sesiapa sahaja tidak akan memberi tekanan agar Nurul Izzah mencuba nasib kerusi nombor dua itu.
“Tolong jangan bawa soalan mengenai saya dan Nurul Izzah. Beliau kena memutuskan apa yang terbaik bagi parti.
“Dia seorang yang dewasa, bijak. Jadi biarkan beliau membuat keputusan. Jangan salah anggap (kebolehan) dia,” kata Anwar (gambar) kepada pemberita di sini hari ini.
Anwar yang juga Penasihat PKR menjelaskan, meskipun Nurul Izzah adalah anaknya, ia tidak akan menjejaskan persaingan beliau bagi jawatan timbalan presiden.
“Saya ayah dia. Tetapi dia bebas untuk berfikir, beliau boleh memutuskan sendiri,” katanya.
“Malah kesemua ahli boleh mengambil keputusan sendiri,” kata Anwar lagi.
Kata Anwar, ramai pemimpin termasuk blogger dan rakan-rakannya mengambil berat soal itu.
“Jadi, saya mengatakan baik kerana berbuat demikian, tetapi pada masa yang sama, kami akan diserang dengan teruk kononnya bias. Jadi, saya tidak mahu terlibat dalam ini,” tambah beliau.
Tengah hari tadi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, kini layak untuk bertanding jawatan timbalan presiden dengan memperoleh minimum dua pencalonan.
Beliau mengesahkan perkembangan itu ekoran keputusan Biro Politik parti malam tadi bersetuju menerima laporan pencalonan yang lewat diterima daripada cabang Semporna, Sabah.
Semalam, beberapa pihak mendakwa wujud konspirasi dan sabotaj untuk menghalang Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden.
“Dalam mesyuarat Biro Politik parti malam tadi, kita menetapkan untuk menerima pencalonan daripada enam cabang parti yang menghantar senarai pencalonan Majlis Pimpinan Pusat selepas 10 Oktober.
“Cabang tersebut termasuk Semporna, Setiawangsa, Titiwangsa, Selangau, Segambut dan Beluran. Dari enam cabang tersebut, Semporna mencalonkan Nurul Izzah untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
“Dengan ini, Nurul Izzah telah menerima dua pencalonan minimum untuk jawatan timbalan presiden. Jadi beliau layak untuk bertanding,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari tadi.
Nurul Izzah sebelum ini menerima pencalonan bagi jawatan timbalan presiden daripada cabang Keningau.
Puteri Reformasi ini sudah pun mengumumkan pendirian mahu bertanding jawatan naib presiden.
Bagaimanapun Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau bersedia untuk memberi laluan kepada Nurul Izzah jika mahu bertanding jawatan timbalan presiden.
Nurul Izzah sepatutnya mengumumkan pendiriannya Ahad lalu tetapi ditangguhkan atas alasan tidak menerima sebarang notis pencalonan daripada ibu pejabat.
Semua mereka yang dinamakan perlu menerima pencalonan mereka pada Sabtu ini.

Cetak Halaman Ini

0 Komen pengunjong :