Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tangguh GST: PAS sifatkan kejayaan rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Okt: PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sehingga kerajaan menangguhkan perancangan tersebut.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Kementerian Kewangan semalam bahawa langkah berkenaan diambil bagi membolehkan kerajaan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat untuk memastikan penguatkuasaan GST kelak akan diterima dengan baik oleh semua pihak.
“Inilah hikmahnya apabila kuasa rakyat semakin terserlah dan bilangan ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ramai, menyebabkan mereka (kerajaan) merasa gerun perkara ini akan ditentang di dalam sidang Parlimen yang sedang berlangsung,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, kerajaan juga memahami isu penderitaan rakyat jika tidak ditangani dengan sempurna akan membawa padah kepada BN dalam pilihan raya akan datang.
PAS, katanya mengharapkan kerajaan janganlah mencari jalan pintas untuk mendapatkan wang dengan mengenakan GST semata-mata, kerana ia melibatkan semua lapisan rakyat di negara ini, terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Justeru, tambahnya kerajaan perlu membetulkan pengurusan kewangan negara dahulu supaya lebih telus dan memerangi rasuah.
“Kos yang tiris inilah sebenarnya yang menyebabkan kerajaan pada hari ini tercekik sehingga memikirkan perlunya GST dilaksanakan.
“Janganlah merasa malu untuk belajar daripada pemimpin negeri Pakatan Rakyat yang telah terbukti kewibawaannya dalam menguruskan ekonomi di negeri masing-masing,” ujarnya lagi.

Cetak Halaman Ini

0 Komen pengunjong :