Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Dr Mahathir tidak peka kepada situasi semasa


KUALA LUMPUR, 7 Sept ― Ahli dewan undangan negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan bekas perdana menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak peka kepada perkembangan semasa di atas kenyataannya memberi amaran kepada rakyat di negara ini agar tidak memilih Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Dr Mahathir berkata rakyat tidak akan berupaya untuk berubah kepada Barisan Nasional (BN) semula apabila PR memerintah nanti.
Dalam ucapannya di Lembah Pantai semalam, Dr Mahathir mengingatkan rakyat untuk tidak “menukar pemimpin” itu kerana ia bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya mengingatkan berkemungkinan ia langkah yang amat teruk.
“Saya rasa dia tidak peka kepada situasi yang berlaku dalam dunia sekarang.
“Saya rasa rakyat sudah matang dan mampu membuat keputusan sendiri dengan baik.
“Jika pemerintah baru tidak mengamalkan corak pentadbiran yang lebih baik dan telus, mereka boleh nilaikannya sendiri,” kata Nik Nazmi kepada The Malaysian Insider.
Nik Nazmi turut mempersoalkan bekas PM tersebut sama ada dia terlupa siapa yang memerintah Malaysia selama 55 tahun serta mengamalkan dasar dan polisi berat sebelah sepanjang tempoh tersebut.
.

0 Komen pengunjong :