Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sivarasa dakwa Pengerusi Felda bohong, nafi kenakan fi guaman RM500


PETALING JAYA, 14 Ogos — Pemimpin PKR menyifatkan dakwaan Pengerusi Felda bahawa 766 peneroka yang memfailkan saman RM200 juta terhadap lembaga itu perlu membayar RM500 seorang sebagai kos khidmat peguam adalah satu pembohongan dan fitnah. Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah berkata, dakwaan Tan Sri Mohd Yusof Nor itu  tiada asas kerana setiap peneroka hanya dikenakan RM50 untuk kos perbelanjaan peguam dari mula sampai habis.
“Ini adalah satu tuduhan fitnah dan palsu yang tidak mempunyai asas.
“Kita tidak ada mewajidkan setiap peneroka dari Felda Serting Hilir dan Felda Raja Alias membayar RM500 tapi hanya RM50 iaitu kos perbelanjaan dari mula sehingga habis kes,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini.
Ahli Parlimen Subang ini berkata demikian ketika mengulas dakwaan Yusof bahawa beliau difahamkan peneroka dikenakan bayaran tidak kurang RM500 bagi proses memfailkan saman tersebut.
“Saya minta peneroka berhati-hati apabila seseorang mengambil inisiatif untuk menyaman Felda dan meminta bayaran.
“Saya difahamkan bayaran itu tidak boleh dipulangkan. Saya menyeru kepada peneroka supaya jangan terpengaruh dengan perbuatan sedemikian kerana mereka akan menjadi mangsa. RM500, bagi peneroka bukanlah (jumlah) yang kecil,” kata Yusof.
Awal minggu lalu,  seramai 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Felda Raja Alias memfailkan saman RM200 juta mendakwa lembaga itu menipu mereka sejak 15 tahun lalu.
Sivarasa yang juga peguam mewakili peneroka tersebut berkata, Yusof patut berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan palsu yang mungkin boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil terhadap lembaga itu.
Sehubungan itu, Sivarasa berkata Yusof jangan sesekali cuba untuk mempolitikkan kes saman Felda dengan mengaitkan ia dengan pembangkang.
“Jumlah RM50 yang kita kenakan adalah satu harga yang cukup munasabah, jadi saya rasa beliau (Yusof) jangan cuba untuk mempolitikkan perkara ini,” katanya.
Turut hadir dalam sidang media itu adalah Ketua Biro Felda PKR, Suhaimi Said, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong dan peguam N. Surendran.
Mengenai tindakan Felda yang akan memfailkan saman pada bila-bila terhadap akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan yang mendakwa agensi itu bankrap, Surendran berkata, Felda tidak boleh mengambil tindakan undang-undang kerana lembaga itu ditubuhkan untuk rakyat. “Felda ditubuhkan untuk rakyat jadi sebagai badan berkanun, ia tidak boleh mengambil tindakan untuk saman mana-mana individu yang memberikan kritikan terhadapnya.
“Jadi sebenarnya memang Felda tidak boleh saman sesiapa pun termasuk Suara Keadilan dan juga pemimpin PKR.
“Saya mencadangkan agar Felda mendapatkan penasihat undang-undang yang bagus untuk jelaskan perkara ini,” katanya.
Suara Keadilan  sebelum ini telah menyiarkan artikel bertajuk ‘Felda Bankrap’ menerusi edis 22 hingga 29 Jun lepas.

0 Komen pengunjong :