Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hanif perlu tarik diri dari panel siasat Bersih 3.0


SUBANG JAYA 11 Mei: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar perlu menarik diri sebagai pengerusi panel bebas menyiasat insiden keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0.
Berucap di program ‘Pidato Merdeka Rakyat’ di Kompleks 3K di sini, malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Hanif tidak akan berlaku adil sebagai pengerusi panel.
“Kerajaan jangan hina rakyat. Panel ini tidak akan bebas (kerana) Hanif sebelum ini tuduh peserta Bersih sebagai komunis,” katanya depan kira-kira 5,000 hadirin.
Menempelak kenyataan itu, beliau berkata, tuduhan komunis adalah lapuk dan hanya diguna pakai pada zaman awal kemerdekaan serta tidak akan dipercayai rakyat.
“Ini cerita dekad 50-an, 60-an. Mungkin (Hanif) masih teringat ketika jadi Ketua Polis Negara dulu, sibuk melawan komunis,” katanya sinis.
Ketua Pembangkang itu berkata, Hanif juga perlu menarik diri supaya panel yang ditubuh tidak menjadi bahan ketawa pada masa depan.
Pada 30 April lalu, Bernama melaporkan, Hanif menuduh golongan pro-komunis  turut menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
Ironinya, kerajaan Umno BN kemudian melantik Hanif sebagai pengerusi panel bebas menyiasat keganasan polis pada perhimpunan berkenaan.
Panel itu dianggotai, antaranya, Bekas ketua hakim Borneo, Tan Sri Steve Sim; Editor Pengurusan Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah.
Anwar berkata, kerajaan Umno takut berikutan terkesan dengan perhimpunan bersejarah itu walaupun peserta Bersih 3.0 dilempar tuduhan pengganas dan komunis.
“Buktinya, Parlimen tarik balik Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya.
“Jadi, hari mengundi nanti, kita boleh buka pondok panas (tempat semakan pengundi) dan tempatkan wakil kita di pondok  SPR,” katanya diiringi tepukan hadirin.
Turut memberi ucapan ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Ahli Dewan Negara, Syed Shahir Syed Mohamud; Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman.
Pada akhir acara, pengerusi majlis, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan, program itu turut mencatat kutipan tertinggi dana pilihan raya di Kelana Jaya iaitu RM11,000.
.

0 Komen pengunjong :