Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pakatan tegas menolak seks bebas, homoseksual


KUALA LUMPUR 20 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berkompromi dengan isu seks bebas dan homoseksual serta tetap mempertahankan institusi perkahwinan di negara ini.
Beliau berkata demikian mengulas fitnah pihak tertentu terhadapnya ekoran satu wawancara dengan media luar negara, baru-baru ini.
“Sebagai muslim dan saya yakin majoriti bukan Islam di Malaysia yakin dan percaya bahawa perkahwinan antara lelaki dan perempuan itu adalah kemuliaan insan dan saya tidak akan mengambil sikap bermaaf dalam soal ini,” katanya di majlis kesyukuran di rumahnya, semalam.

“Ini menjawab semua bahawa kita tidak mendokong seks bebas atau homoseksual atau lesbian,” tegas beliau.
Anwar turut menyelar kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr hasan Ali kononnya beliau menyokong undang-undang homoseksual dilaksanakan di negara ini.
“Saya tegaskan dalam wawancara itu bahawa undang-undang liwat ini lapuk, jumud kerana ia diguna untuk fitnah orang, zalimi orang dan saya tidak pertahankan,” tegas beliau.
“Kalau Hasan Ali kata wawancara Anwar tidak jelas dan kita minta supaya kita jelaskan tidak apa, tapi ini soal hukum dan beliau buat andaian kononnya kalau saya jadi perdana menteri saya akan sahkan undang-undang ini.
“Saya ulang bahawa undang-undang lapuk sedia ada ini memang lapuk kerana ia hanya alat pemerintah untuk zalimi dan fitnah orang demi kepentingan politik sempit mereka,” tegas beliau.
Majlis kesyukuran berkenaan yang diadakan sempena pembebasan beliau oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari lalu, dihadiri kira-kira 500 tetamu.
Antara yang hadir bekas imam Masjid Damansara, Shamsul Firdaus, dan Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Bahron,
Turut kelihatan hadir ialah bekas menteri Barisan Nasional, Tan Sri Dr Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Majlis kesyukuran itu dimulakan dengan solat maghrib dan solat hajat yang dipimpin Dr BadrulAmin, manakala Ustaz Shamsul memimpin bacaan Yassin dan doa.

0 Komen pengunjong :