Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Adam mahu ambil tindakan mahkamah terhadap UPSI

KUALA LUMPUR — Aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim yang digantung pengajian selama 18 bulan atau tiga semester akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk mencabar keputusan itu.
Ketika ditemui The Malaysian Insider, Adam Adli, 22, berkata tindakan itu diambil kerana pengurusan UPSI tidak memberi perbicaraan yang adil semasa dipanggil membela diri pada 9 Jan lalu.
Bagaimanapun Adam Adli tidak menjelaskan tarikh khusus tindakan mahkamah terhadap universiti akan diambil, menambah perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan peguam.
"Saya akan bawa perkara ini ke mahkamah, sekarang masih di peringkat perbincangan dengan peguam...kita sedang meneliti kes ini terlebih dahulu sebelum dibawa ke mahkamah.
"Tapi kita akan failkan dalam masa yang terdekat," katanya.
Adam Adli digantung pengajian atas tuduhan mencemarkan reputasi UPSI.
Penuntut sarjana muda pendidikan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.
Adam Adli mencetuskan kontroversi apabila bertindak menurunkan kain rentang bergambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan menggantikannya dengan bendera kebebasan mahasiswa.
Anak kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang ini menambah akan menghabiskan tempoh penggantungan dengan berkempen menuntut kebebasan akademik di seluruh negara.
"Saya akan teruskan dengan siri jelajah, berkempen sehingga Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan," katanya.

0 Komen pengunjong :