Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Faiz Salah Seorang Diantara Dua Individu Terlibat


SHAH ALAM 1 APRIL : Dua individu dikesan terlibat dalam skandal pemasangan kamera video di Pejabat Menteri Besar Selangor tahun lalu.
Bagaimanapun menurut Khalid, tidak banyak hal yang diketahui kerana penyiasatan masih dijalankan dan laporan polis mengenainya sudah dibuat kerana ia berkaitan soal keselamatan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan pejabat beliau.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan hal itu ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer, Datuk Sobahan Kamal.
Beliau turut mendedahkan salah seorang individu yang didakwa terlibat bernama 'Faiz'.
"Kita bukan taknak guna  konsep terbuka tapi kita mesti bijak."
"Proses dari siasatan kita 2 orang dan ade orang namanye Faiz. Keselamatan terlibat, mungkin ada polis, sebab itu kita 'suspek' kita buat siasatan sendiri dahulu," terang beliau.
Khalid turut menerangkan siasatan awal berjaya menjumpai asal kamera video tersebut namun tidak mahu mendedahkannya lebih lanjut.
"Kita tahu kamera dari Kulim Hi Tech Park.. video dijual ejen di Subang  orang yang jual namanya Liew..," terang beliau kepada dewan menafikan tuduhan pembangkang beliau sengaja mengadakan cerita dan tidak telus dengan siasatan itu.
Hal itu menyebabkan Sobahan menyindir beliau menyatakan dengan mengatakan ADUN  Ijok itu sensitif kerana apa yang ditanya beliau hanyalah status kes tersebut untuk 'kepentingan orang ramai'.
Khalid menafikan beliau sensitif dan membalas pertanyaan Sobahan kepadanya yang amat berlainan dengan soalan umum wakil Umno itu.
"Dia cakap macam tu dengan ayat baik sedangkan apa yang dia tulis lain..Dia tulis "Isu Kamera tertutup ini isu serius yang bermotif politik. Ia diletak di bilik Menteri Besar, siasatan polis perlu". Jadi kalau kita baca tulisan ini maksudnya lain," balas Khalid.

0 Komen pengunjong :