SHAH ALAM 1 APRIL : Timbalan Presiden Transparency International sayap Malaysia atau (TI-M), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan menyifatkan rasuah pilihanraya sebagai ibu segala rasuah yang harus dibanteras secara serius sebelum menjadi barah.
Mohamad sekaligus membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang menggesa TI-M "berdiam" berhubung perkara yang boleh melumpuhkan institusi pentadbiran sesebuah negara.
Menurut beliau, perjalanan pilihanraya yang sering dicemari dengan amalan rasuah berlaku berikutan kurangnya integriti ketika berkempen mampu meranapkan pentadbiran negara jika terus dibiarkan berleluasa.
"Kami amat prihatin dalam hal ini kerana rasuah politik adalah ibu kepada segala rasuah, jadi kita perlu tangani hal ini sehingga tiada lagi gejala ini.
"Bila sudah dikemukakan satu bentuk kewangan ataupun habuan, saya kira ianya bukan janji lagi, ianya jelas sebuah sogokan, kalau soal manifesto saya kira tidak bersalahan kerana mana-mana pihak parti politik memang diberi peluang untuk mengemukannya kerana ia adalah janji-janji yang akan dilaksanakan sekiranya mereka itu terpilih,"katanya.
Memetik pepatah cina, "kepala busuk semua turut busuk", Mohamad menjelaskan pilihanraya harus dijalankan sebaik mungkin kerana pemimpin yang dipilih dalam
proses pilihanraya adalah mereka yang akan menerajui tampuk kepimpinan negara.
Justeru adalah penting, proses pilihanraya untuk menentukan pimpinan negara berlaku secara telus.
TI-M sebelum ini mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak boleh diharap dalam menangani hal-hal berkaitan rasuah ketika kempen pilihanraya namun kenyataan itu pantas dikecam oleh Nazri.
Nazri menggesa TI-M untuk berdiam dan tidak masuk campur dalam urusan SPR.
Namun timbalan presiden TI-M ketika ditemubual Tv Selangor bertegas, bahawa kenyataan badan pemantau bebas itu ada asasnya.
Tradisi pemerintah yang sering menyajikan rakyat dengan pelbagai janji manis dan sogokan material pada kempen pilihanraya katanya terbukti berlaku pada setiap pilihanraya sehingga menimbulkan kekhuatiran pihaknya.
"Kalau janji sahaja, saya tidak merasakan itu satu masalah, tetapi bila janji bersyarat seperti cek saya rasa itu sudah lebih daripada janji, ini kita perlu fikirkan semula di mana integritinya.
"Persoalannya sekarang, apakah wujud integriti kita (pemimpin) sekiranya memberikan wang seakan wujud permintaan atau mahukan sesuatu daripada orang ramai.
"Inilah masanya warganegara dan pengundi di luar sana memikirkan keikhlasan pemberian itu, samada ianya ikhlas ataupun memberi untuk mendapat sesuatu pulangannya, untuk memikirkan antara hadiah dan rasuah,"tegas Mohamad.
Nazri sebelum ini turut mendakwa, bantuan yang dihulurkan Umno-Barisan Nasional sepanjang kempen piliharanraya tidak boleh dianggap sebagai penyelewengan
sebaliknya mendakwa pemberian itu adalah usaha pemerintah melunaskan manifesto membantu rakyat tidak kira ia diberikan sebelum mahupun selepas pilihanraya.
Mengulas kenyataan ini, Mohamad mempersoalkan mengapa pemberian dan bantuan yang dihulurkan ini hanya tertumpu pada waktu pilihanraya dan bukanya ketika saat rakyat benar-benar memerlukannya.
Bahkan katanya, setiap pemberian yang dihulurkan kebiasaanya mengharapkan balasan adalah jelas satu bentuk suapan.
"Mungkin ia pandangan dan perspektif seorang menteri sahaja yang menyatakan perbuatan itu bukan rasuah dan ianya sebagai pemberian yang mereka terlepas
berikan sebelum pilihanraya, tetapi persoalannya kepada ianya berlaku pada waktu kempen pilihanraya, ia diberikan semuanya pada waktu-waktu yang singkat ini,"tambahnya lagi.
Merumus kenyataan yang dikeluarkan oleh Nazri berhubung "pemberian" kempen pilihanraya itu, Mohamad juga khuatir ia menjadi tauladan kepada pimpinan lain
dalam kerajaan Malaysia.
"Saya mengharapkan agar YB (Nazri Aziz) memikirkan semula apa yang dinyatakannya itu dikhuatiri dijadikan contoh bukan stakat pemimpin tetapi pentadbir-
pentadbir yang lain, dan ini saya kira bukan satu kaedah yang baik malah ia berlawanan dengan konsep pemimpin yang seharusnya mempunyai integriti,"tambahnya
lagi.

0 Komen pengunjong :