Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Perkhidmatan Awam Dan Ketua Kampong DiSelangor Dapat Bantuan Kewangan Dan Elaun Dinaikan



SHAH ALAM 8 DIS: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan Selangor akan memberikan bantuan kewangan sebanyak RM500 kepada semua pegawai perkhidmatan awam dari Gred 1 hinga 54.
Beliau yang berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan, Shah Alam selepas mesyuarat Exco negeri petang tadi menambah bantuan tersebut akan dibayar dalam bulan ini juga.
"Bantuan khas kewangan sejumlah RM500 akan diberi pada bulan ini kepada pegawai perkhidmatan awam Gred 1 hingga 54 yang masih berkhidmat pada 15 Oktober, 2010," jelas beliau.
Tambah beliau, bantuan kewangan ini akan diberikan bukan sahaja kepada pegawai tetap, tetapi juga untuk pegawai sementara, pegawai sambilan, guru sandaran, pegawai yang bercuti separuh gaji, para pemandu, pegawai kontrak yang putus kontrak sehari sebelum disambung, dan pegawai perkhidmatan awam yang mengambil cuti tanpa gaji.
Dalam pada itu, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakop Sapari mengumumkan elaun Ketua Kampung juga akan dinaikkan mulai tahun hadapan'
"Saya ingin umumkan berita baik kepada semua Ketua Kampung di negeri Selangor seramai 368 orang di mana mulai tahun hadapan bermula Januari 2011, elaun Ketua Mampung dinaikkan ke RM800," jelas beliau.
Katanya lagi, langkah ini selaras dengan dasar kerajaan negeri untuk menaikkan taraf Ketua Kampung atas kesungguhan mereka selama ini dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi.
Yaakop seterusnya berkata beliau berharap dengan pertambahan elaun ini dapat menambahkan lagi komitmen para Ketua Kampung dalam memastikan dasar kerajaan disampaikan kepada rakyat serta mengukuhkan lagi kedudukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.

0 Komen pengunjong :