KOTA BARU, 2 Okt — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara kriteria calon PAS bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas adalah kalangan mereka yang diterima penduduk seperti tidak merokok, tidak meninggalkan solat dan tidak pernah berpoya dengan perempuan.
“Kalau merokok saya memang tidak boleh terima untuk jadi calon,” kata Nik Aziz.
“Itu kena bagi tau awal-awal kerana merokok ini boleh merosakkan segala-galanya dan tidak ada doktor baik Islam atau kafir mengatakan rokok ini baik.
“Yang lain kriteria mesti diterima rakyat dan kita pilih hak terbaik tetapi nak cari satu orang yang boleh diterima semua memang tidak ada kerana Nabi Muhammad S.A.W pun ada yang kritik,” kata beliau dipetik Bernama.
Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada Rabu depan bagi membincangkan mengenai tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Galas.
Kerusi DUN Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima, 46, pada Isnin lalu akibat barah usus.
Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata partinya telah mula menyenaraipendekkan beberapa nama dan akan mengutamakan faktor calon dalam misi mempertahankan kerusi DUN Galas.
“Kami sudah mengenal pasti beberapa pemimpin yang telah disenaraipendekkan,” kata Tuan Ibrahim.
Berhubung soalan sama ada bakal calon itu orang tempatan, Tuan Ibrahim berkata, “senarai yang panjang itu ada yang muda, ada yang profesional.”
Bagaimanapun kata beliau, keutamaan kali ini ialah “faktor calon.”
“Itu faktor penting dan insya-Allah kita akan pilih calon anak tempatan, calon tempatan,” kata beliau.
Polis tahan kambing gemar kejar orang
13 hours ago
0 Komen pengunjong :