Muhyiddin Lantik Ku Li Ada Makna Tuu !!!!

SHAH ALAM 2 Okt - Tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas dilihat sebagai usaha orang nombor 2 Umno itu menarik sokongan bekas Menteri Kewangan itu pada pemilihan parti tahun depan.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata Muhyiddin berkeyakinan tinggi bahawa Umno-BN boleh memenangi kerusi tersebut disebabkan jumlah majoriti tipis yang dimenangi PAS.
"Apa yang menariknya di sini, selepas beliau berjaya menarik sokongan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta Perkasa, kini beliau cuba menarik sokongan pemimpin kanan di dalam Umno seperti Ku Li untuk menentang Najib pada pemilihan Umno tahun depan.
"Walaupun begitu, Ku Li yang lebih arif dan berpengalaman dalam sepak terajang di dalam Umno mengambil pendekatan untuk berdiam diri dengan tawaran Muhyiddin itu.
"Apa yang pasti, Ku Li yang lebih berpengalaman sudah tentulah mempunyai pandangan politik yang berbeza. Apa pun, kita tunggu dan lihat permainan mereka yang pastinya lebih menarik selepas ini," kata Shamsul ketika dihubungi Suara Keadilan.
Shamsul juga tidak menyangkal Umno juga akan melaksanakan sistem satu anggota satu undi yang tidak akan membabitkan perwakilan seperti mana yang dilaksanakan pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kini.
"Sebab itulah saya yakin Muhyiddin akan benar-benar menentang Najib dan mempunyai keyakinan tinggi beliau mampu mengalahkan Najib," komen beliau.
Dr Mahathir dalam kenyataannya minggu lalu  menyalahkan Najib sebagai punca yang menyebabkan visi Wawasan 2020 ilham beliau tidak akan tercapai.
Sementara itu, dalam satu majlis Najib pula  menyalahkan Dr Mahathir dan Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca Umno semakin lemah.

0 Komen pengunjong :