Khalid Cabar Perkasa Tanding Kerusi Galas Bukti Sokongan Melayu

SHAH ALAM 2 Okt - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dicabar untuk meminta Umno membenarkan badan itu meletakkan calonnya di pilihan raya kecil Galas, sekiranya benar mereka popular dan memperjuangan membela orang Melayu.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang melontar cabaran itu kepada Presiden APerkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata beliau berbuat demikian kerana Ahli Parlimen Pasir Mas itu sentiasa mendabik dada bahawa pertubuhannya mendapat sokongan pada pengundi Melayu.
"Kalau benarlah dakwaan beliau, buktikan, jangan cakap sahaja. Letak calon di Galas dan kalau tak menangpun setidak-tidaknya cubalah dapat balik wang deposit pilihan raya, itu pun sudah cukup," kata Khlaid ketika ditemui media tegas Khalid di majlis jamuan rumah terbuka PAS Shah Alam, Seksyen 24 petang tadi.
Tambah beliau, oleh kerana majoriti penduduk DUN Galas adalah orang Melayu kerusi itu pernah menjadi kubu kuat Umno satu ketika dulu, Perkasa sepatutnya tidak berasa gentar untuk meletakkan calonnya di kawasan tersebut.
"Saya nak tengok Perkasa buktikan bahawa apa yang mereka katakan sebagai pejuang kepentingan orang Melayu itu benar. Jangan takut, tunjukkan kepada rakyat orang Melayu menyokong Perkasa," ujar Khalid.
Katanya lagi, Ibrahim yang seringkali melaungkan bahawa beliaulah pejuang Melayu tulen tidak perlu takut kerana Galas adalah tempat paling sesuai bagi membuktikan dakwaannya selama ini.
"Biarlah dia  bertanding di situ dan kita lihat sejauh mana dakwaan Perkasa mewakili orang Melayu dan memperjuangkan orang Melayu itu diterima oleh orang Melayu," kata beliau.

0 Komen pengunjong :