Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Umno BN Dijangka Cadang Kurangkan Subsidi

SHAH ALAM 2 OKT: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) dijangka mencadangkan pengurangan subsidi dengan pelbagai alasan manakala pimpinan Pakatan Rakyat bersedia untuk membangkang demi mengurangkan beban kehidupan rakyat.

Menjangka sidang Parlimen kali ini lebih hangat, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad percaya pimpinan Umno-BN akan sedaya-upaya cuba meluluskan bajet 2011 semata-mata untuk menunjukkan perancangan mereka tepat.

Mengakui suasana ekonomi semasa tidak begitu menggalakkan tetapi Pakatan Rakyat berpendirian usaha memperkukuh ekonomi harus bermula melalui pengurangan ketirisan dan kebocoran.

“Jika ketirisan dan kebocoran  dikurang dan dihapus, wang rakyat  dapat diselamatkan untuk menampung subsidi,” kata Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor itu ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Pas Shah Alam di Seksyen 24 di sini, petang tadi,

Beliau berkata demikian apabila mengulas sidang Parlimen yang bakal bermula Oktober ini dan menjangka perdebatan hangat antara pimpinan Pakatan Rakyat dan Umno-BN khususnya isu pembentangan Belanjawan 2011.

"Selalunya Dewan Rakyat mengambil dua ke tiga minggu untuk membahaskan perincian dalam bajet. Kita akan melihat debat yang lebih hangat kerana Umno-BN akan mencadangkan Model Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-10," katanya.

Khalid percaya kerajaan Umno BN akan cuba menutup kelemahan pentadbiran mereka dengan menggalakkan rakyat berbelanja lebih bagi memberi gambaran positif mengenai keadaan ekonomi negara.

"Tetapi, kita mempunyai pandangan berbeza dan mahu menyelamatkan wang rakyat daripada dibazirkan maka kita akan membahas agar tiada pembaziran," katanya.

0 Komen pengunjong :